Friday, December 30, 2011

Antara tahu dan yakin, dua perkara berbeza

Memang kebiasaan sebelum masuk waktu zohor di Masjid As-Syakirin, taman KLCC, ada tazkirah dari ustaz jemputan. Tapi hari ni, Brother Shah Kirit diberi slot untuk mengisi tazkirah. Mukadimah Brother Shah Kirit, "saya bukanlah seorang ustaz, dan yang pasti bukan seorang ustazah".

Antara pengisian yang sangat bermakna oleh beliau, tentang cabaran untuk masuk Islam oleh orang yang bukan Islam. Bagaimana cabaran selepas masuk Islam. Beliau menyebut keputusan beliau untuk kembali kepada Islam (revert) adalah merupakan keputusan yang besar. Ini suatu keputusan yang membezakan antara kita yang lahir sebagai mukmin dengan dewasa yang perlu memikirkan adakah ini suatu keputusan yang betul. Inilah yang membezakan antara "tahu" dan "yakin".

Bila mereka bertanya tentang Islam, selalunya kena marah. Orang yang tak tahu tentang Islam perlu banyak bertanya kerana menukar aqidah bukan suatu keputusan enteng. Ia besar dan mengubah cara hidup. Itu beza orang dewasa yang baru mengenali Islam. Antara kita banyak yang menjawab, "jangan tanya, ikut jer" atau "astaghfirullah, kalau banyak bertanya nanti rosak aqidah". Sound familiar? Rasanya kita boleh teka, kenapa orang marah bila ditanya. Sebab orang yang ditanya tu tak tahu nak jawab. Bukankah Al-Quran penuh dengan soal-jawab dan persoalan. Ada 332 ayat dimulai dengan "katakan...". Ini jawapan kepada 332 persoalan yang ditimbulkan tentang Islam.

Ya, tahu Islam agama yang benar dan yakin Islam agama yang benar ialah dua perkara yang berbeza. Itulah dilema dan cabaran orang yang memilih Islam sebagai suatu cara hidup.

Shah Kirit menceritakan bahawa sebelum beliau Islam, ramai sebenarnya orang bukan Islam yang tidak mendapat maklumat yang benar tentang Islam. Semua maklumat adalah berunsur negatif, Islam dilabel terrorist. Islam fanatic dan lain-lain lagi. Sepanjang beliau berkawan dengan orang Melayu dan begitu juga muallaf yang lain, tidak pernah orang Melayu bercerita tentang Islam kepada mereka. Sound familiar? Pernahkah kita bercerita tentang Islam kepada kawan-kawan bukan Islam?

Actually V pernah menghadiri seminar comparative religion di UiTM bertahun yang lepas dan Shah Kirit ada dalam seminar tu. Ya, V pernah bercerita tentang Islam dan Quran kepada rakan sekerja V ketika di Intel. V tak mengharapkan mereka untuk membuat keputusan supaya memeluk Islam. Cukup sekadar mereka mendapat maklumat yang tepat tentang Islam dan selebihnya kembali kepada Allah kerana hanya Dia yang memberi hidayah. Bila kita bercerita tentang Islam, cukup untuk kita mencetuskan rasa mahu untuk tahu dan selebihnya terserah kepada mereka.

Kalau kita yakin tentang Islam, maka wajar bagi kita untuk berkongsi rahmat ini kepada orang sekeliling kita. Sama seperti mereka yang yakin bahawa MLM adalah business yang berjaya, mereka beria-ia nk orang lain join skim yang FAIL ni.

Sama seperti brother Shah Kirit, V juga kadang-kala perlu cakap direct kerana kebanyakkan orang mahu kita cakap berlapik. Kadang-kala bila cakap berlapik, orang akan faham tentang lapik, tapi message tidak sampai kerana lapik tebal sangat. Bila orang Melayu lihat orang muallaf baru mengucapkan syahadah, maka ramai yang akan jadi ustaz-ustaz bagi nasihat, yang ni tak boleh buat, yang ni haram, yang ni kena buat. Ingat Al-Quran turun dalam masa satu malam ka?

Suasana ketika pengislaman 2 saudara baru. Terlalu ramai nk tengok kat depan, so V just snap dari jauh jer.

Selepas solat Jumaat, ada 2 orang yang telah mengucapkan syahadah di masjid ini. Seorang lelaki warga Nigeria dan wanita berbangsa panjabi. V rasa kagum walaupun ucapan syahadah dalam bahasa arab disebut dengan kekoknya, namun dengan sekali lafaz tersebut. Ia tetap diterima sebagai pengislaman secara sah. Bukan senang nak ucapkan shahadah ni wahai sedara, orang bukan Islam yang tak pernah dengar apakah lagi nk menyebutnya. Daripada sini kita boleh lihat mereka, imam dan kadi yang menyusah-nyusahkan pengantin dengan lafaz dalam bahasa Melayu dan siap buat rehearsal plak tu. Ingat ni perkara main-main ka? Bagi V, perbuatan menyusahkan agama adalah suatu jenayah besar. Mungkin itu cerita dulu-dulu, V puas hati dengan penerangan ustaz di JAIS bila V attend kursus di sana. JAIS dah memberi penerangan kepada kadi supaya jangan susahkan lafaz. Namun jika masih ada yang berbuat demikian, itu bukan lagi salah JAIS. Itu salah imam dan kadi yang memandai-mandai tu. Itu belum cerita lagi "ustaz sampul". Siap boleh pulangkan balik sampul duit saguhati kepada pengantin sebab tak cukup helai ringgit. Kita lantik dia sebagai wakalah bukannya wakalah bil ujrah (wakil dengan upah), itupun tak puas hati dengan hibah (hadiah), orang macam ni kita nak harap keikhlasan dalam perjuangan agama?

Cuba fikirkan, apa dalil agama supaya pengantin bersalam dengan kadi ketika akad? Adakah sah kalau tidak bersalam? Kalau tak sah, maka pengantin di negara China yang duduk di kerusi berhadapan dengan kadi yang duduk semeja tidak bersalam tidak sah la kalau macam tu. Sekalipun tidak bersalam, ia tetap sah.

Tolong la kesian dengan pengantin yang dah kusut dan serabut dengan majlis karut-marut yang jelas merugikan dari segi masa dan wang ringgit dan tiada dalil dalam agama ni. Kita orang Islam dalam bangsa Melayu ni ada tujuan dan perjuangan yang perlu kita menangi. Iaitu perjuangan untuk membuang adat-adat ni. Pembaziran dalam majlis makan dan penipuan dalam agama secara halus. Ya, V katakan secara direct disini, wang hantaran adalah bentuk penipuan dalam agama. Adalah lebih baik nilai wang hantaran tu di absorb dalam mahar. Maka ia menjadi pemberian secara total milik isteri. Jika adat itu baik, tak salah mengamalkannya, namun dalam kebanyakkan adat kita ni, lebih banyak mengarutnya dari yang baik.

Itu belum kira majlis tahlil. Cuba fikirkan, kenapa kita kirim pahala kepada si mati? Jika begitu, kenapa kita tak nak kirim pahala kepada yang masih hidup? Atau sebenarnya kita yakin Nabi dan sahabat tak pernah buat ni. Lalu orang hari ni kata, inikan amalan yang baik, kenapa nak larang? Tanyakan pada orang ni, baik tu pada pandangan Nabi atau pandangan kamu sendiri. Agama ni datang daripada Allah dan Rasul atau kamu? Suatu amalan yang bukan bersusur-galur dari Nabi, ia ditolak.

Perlu diingatkan bahawa V bukan manusia sempurna. V hanya menyampaikan apa yang V faham. Kita mengajak kepada kebaikan apa yang kita buat. Jangan jadi hipokrit. V bersama dengan mereka yang memerangi adat yang mengarut.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. Al-Imran:110

0 comments: