Monday, December 19, 2011

Cuti-cuti di Bangkok

Alhamdulillah, V baru jer balik dari Bangkok semalam. Hari ni kerja macam biasa. So bolehlah update blog ni dgn cerita dari Thailand khappp....

Actually V ada member yang V kenal sejak kerja kt saudia lagi. So member ajak datang melawat Bangkok. Untung ada member merata-rata dunia kan. Boleh jadi tourist guard....;p

Kat sini, sepanjang V tinggal selama seminggu, tak pernah jumpa orang yg perangai macam arab. Baik dan manis muka semua warga thai. Tak berpura-pura macam kita orang Malaysia. Mereka baik pada semua orang tanpa kira foreigners atau locals. Sampai V dan member pun sebenarnya malu dengan suasana kita di Kuala Lumpur. Inilah negara yang layak menggunakan slogan "Truly Asia". Rasanya V pernah menulis tentang keadaan masyarakat yang apabila materialistik menjadi keutamaan, maka kita akan lihat keruntuhan akhlak dan moral masyarakatnya. Masing-masing menjadi individualistik dan hidup penuh kepuraan. Sebab tu kita orang Melayu jangan terikut-ikut dengan perangai bangsa yg tinggal bersama dengan kita ni. Setiap tahun sambut raya kemudian mengucapkan "semoga anda kaya dan bertambah kaya pada tahun baru". Rasanya tak perlu sebut bangsa apa ni, harap faham. Jangan nanti jadi seperti di China, bayi dilanggar pun takde saper nk tolong. Sifat individualistik subur dalam masyarakat materialistik. Hidup kita sebagai orang Islam bukan SEKADAR kekayaan dunia yang kita cari tapi keselamatan di akhirat.

Jangan juga jadi seperti orang sebangsa dengan kita yang apabila nk mengadakan walimah, maka kebanggaan terhadap dunia yang diutamakan. Bila kita tegur, dia jawab, kahwin hanya sekali jer, so buat la grand-grand. Yelah tu, sejak bila dah tetap, kahwin sekali jer, confident sangat. Majlis yang mementingkan kebanggaan tiada berpahala dan jauh sekali barakahnya.

V memang tak kawan dengan orang yang materialistik ni, kalau V dapat detect jer mamat ni sah gilakan dunia. V tinggalkan terus. Takde nk melayan.


Bersama anak-anak sahabat, nakal sungguh yg sebelah kiri tu, pening aku dibuatnya.


Salah satu masjid di Bangkok. Kat sebelah tu kedai dengan beg-beg pasir.


Agak dense bandar Bangkok


View diwaktu pagi

BTW, bandar Bangkok terselamat daripada banjir yang melanda Thailand pada minggu-minggu yang lepas. Sebenarnya Bangkok dah bersedia untuk menghadapi banjir ni. Semua kedai-kedai dah ready dengan beg pasir dengan tambak yang disimen di depan kedai. Tapi banjir akhirnya surut. Semua warga thai membantu mangsa banjir dengan penuh ikhlas. Kawan ada cerita, selepas banjir, harga barang tak naik.

Jadi fikirkanlah, bila kita pergi lowyat, peniaga sana kata, harddisk dan barangan IT dari kilang di Thailand naik harga sebab banjir. That is bullshit!!!

1 comment:

Anonymous said...

Another wonders of the world Gallery Microfungus House of Magic Potions Tanah Rata and KetikKetok!