Thursday, December 22, 2011

Merancang dan mentadbir kewangan berlandaskan syariah

Alhamdulillah, sebelum berakhir tahun 2011 ni, V dah melengkapkan sebahagian perancangan untuk menyusun semua account bank yang V ada supaya semuanya adalah daripada perbankan Islam. Dulu sebelum V kenal dengan perbankan Islam ni, memang V agak radikal dan memandang sinis dengan jenama bank Islam ni. Tapi sekarang V la yang paling menyokong penuh perbankan Islam. Semuanya atas sebab V mendengar secara langsung kuliah Ustaz Zaharuddin suatu masa lalu. Kata beliau, kejahilan dan prejudis menjadikan seseorang memusuhi sesuatu secara tergesa-gesa.

Akhirnya atas kesedaran untuk memastikan segala hasil pendapatan ditadbir secara syariah dalam Islamic banking, V hanya memohon pinjaman dari perbankan Islam dan membayar insuran nyawa dari insuran takaful sahaja. Kesedaran ini bukanlah datang dengan mudah, sebabnya takde siapa yang datang kepada kita dan mengajar kita betapa haramnya riba.

Kalau kita pergi bank, pegawai bank tu pun takkan cerita kepada kita tentang riba. Kebanyakkan pekerja bank langsung tiada pengetahuan tentang fiqh muamalat. Maka kita akhirnya akan menyalahkan kerajaan sebab tak pernah cerita pada kita atau menyalahkan bank atas sebab yang sama.

Hakikatnya kita sendiri bertanggungjawab terhadap harta kita, kenapa perlu salahkan orang lain? Islam menyuruh kita belajar bila kita tidak tahu dan dalam Islam tiada istilah "ignorance is a bliss" yer. Itulah dilema yang kita hadapi dalam urusan kita dengan bank. Dari pengalaman V sendiri berurusan dengan bank. Disini V nak berkongsi sedikit sebanyak mengenainya.

Suatu masa lalu, V datang ke sebuah bank ni, V bagi tau la nama bank ni; CIMB. V nak buka account Islamic. So pegawai bank tu bagi borang yang ada header tertulis CIMB Islamic Bank besar kt atas borang tu. Lepas V submit form ni, V kena tunggu beberapa hari dan menunggu bank call untuk datang sekali lagi ke bank. Dulu senang jer nk buka account. Sekarang dah nk kena tunggu beberapa hari plak. Ok lah, tak kisah. Selepas bank call beberapa hari kemudian, V datang sign beberapa document dan kemudian sign ATM card. V hairan kenapa plak kena sign ATM card yang color merah(conventional) dan bukannya hijau(Islamic). So V tanya pekerja bank tu. So dia masuk dalam office kemudian keluarkan form yang V pernah isi tu. Yang V terkejutnya, header yang tertulis CIMB Islamic Bank tu dipangkahnya. Sebab tu dia register kan account V under conventional account. Kalau korang pernah terkena begini, agaknya berbulu tak?

Ada kes yang lain, bank yang sama. V datang untuk tukar ATM card. Tapi ada pegawai bank yang peramah, dia introduce premium acount. Selepas berapa ketika, V tanyalah yang ni Islamic ka? So dia jawab, sama ja dengan Islamic, sebab bukannya account ni diguna untuk jual beli babi. So dari conversation ni kita boleh tahu, sebenarnya most pegawai bank memang sepatah haram tak tau apa tu riba. Soal halal haram dalam kewangan bukan sekadar jual-beli babi yer.

Jadi V menulis entry kali ni untuk menegaskan bahawa ilmu kewangan islam kita tak peroleh dari bank yer. Jangan harap. Kita sendiri kena bersusah payah membaca dan mengkaji sendiri sebab takde siapa lagi yang nk kita harapkan. Kebanyakkan melayu kita ni dah lalok dengan skim MLM dan forex. Bila kita kata forex adalah haram ibarat menangguk di air keruh kerana matawang kita diangkat setaraf item ribawi emas dan perak adalah disebabkan darurat bersangatan tapi dia degil dan cakap halal. Yang ni kita biarkan, lantak la.

Dalam kewangan harian kita. Misalnya kehidupan V yang pernah menetap di saudia dulu. Kalau kawan pinjam duit dengan kita dalam matawang riyal. Kita sebenarnya tak boleh bayar hutang tu dalam matawang lain selain riyal juga. Sebelum ni V tak tau, so sekarang dah tau. Sebabnya ialah matawang kan sudah diangkat setaraf item ribawi. Maka sebagaimana emas mesti dibayar dengan emas, begitu juga riyal dibayar dengan riyal.

Jadi keputusan adalah ditangan kita, dari pengalaman V sendiri berurusan dengan bank ni. Kita kena tegas dan perlu pastikan yang bank menurut apa yang kita nak. Kalau kita diam dan tak tanya, pasti account yang kita nk register atau loan yang kita nk apply tu dia tibai untuk kita yang conventional punya. Make sure ni!!!

Antara perkara kewangan yang kita selalu guna ialah credit card. Sekarang ni V ada credit card dari conventional bank. Tapi sekarang dengan bersusah-payahnya V dapat juga credit card dari Islamic bank. Sekarang memang dah payah nk apply credit card ni. Sepanjang V guna conventional credit card, memang V bayar in full every month. Actually, kalau ditanya pendapat Ustaz Zaharuddin, credit card conventional tetap menyumbang kepada institusi perbankan riba. Fatwa Majlis Fiqh Ulama Sedunia mengatakan adalah tidak wajar seseorang memohon card yang conventional sedangkan Islamic banking juga menawarkan card yang sama.

Apabila V merancang untuk merubah dan kembali kepada syariah maka dengan pertolongan Allah, semuanya mudah. Kesimpulannya kalau kita ingin mencari redha Allah, maka Dia akan mudahkan untuk kita. Insya-Allah.

Tapi V juga masih ada loan kereta dari conventional bank. Yang ni memang tak dapat tukar kepada Islamic dah sebab prosedure bank tak memungkinkan V berbuat demikian melainkan kereta tu dijual. Tapi loan kereta yang seterusnya ialah daripada product Islamic banking. Tapi bank ni pun satu hal jugak, kita punya loan Islamic tapi create saving account untuk kita dalam conventional banking. Yang ni EON Bank. So korang dengar ni, disebabkan kita tak tahu, diaorg tibai ikut suka dia. Bila V mintak close account ni, dia kata account yang di close tak sampai 3 bulan akan dicaj penalty. Dah kita tak tau, rasa macam tertipu kan? So V kosongkan account tu tinggal 10 ringgit jer, nanti dah cukup setahun ke, tutup terus. Tak hingin aku nk support conventional banking.

Sebab tu V berpegang kepada kata-kata "Bank ialah institusi yang paling tidak boleh dipercayai"

So you have to decide.

Dalam product Gold Account plak, V mengesyorkan Gold Account dari Kuwait Finance House. Ini jer yang betul-betul berlandaskan syariah. Ini V dah check sebab V ada kawan dari KFH ni. So dia yang cerita. Yang selebihnya V buat research dari artikel pada website bank-bank yang menawarkan product ni. Nak tau dia Islamic atau tidak, bila kita beli emas tu, mintak emas tu on the spot. Kalau bank kata, emas takde kt sini bla bla bla....(banyak cekadak punya alasan). Sah memang tak syariah compliance. Sebabnya urusniaga jual-beli emas mestilah mengikut transaksi at-taqabbut fil hal. Maksudnya transaksi jual-beli mesti berlaku secara segera. Aku bayar duit, kamu mesti bagi apa yang aku beli tadi. Kalau emas takde, maka bank sebenarnya menjual sesuatu yang tidak dimilikinya. Period. Refer ayat V diatas yang color kuning tu.

Dalam kehidupan kita ni, pasti kita akan berjumpa dengan orang yang bodoh sombong. V cakap direct ni. Bila kita berpegang kepada pendapat keharusan mengunakan matawang yang ada sekarang ni dan berpegang kepada pengetahuan islamic banking, orang sebegini mendakwa pengetahuan dalam islamic banking is useless sebab menghalalkan yang haram. Fuhh....ayat power. Kalau jumpa orang sebegini;

Tanyakan pada dia, apa yang ada dalam wallet kamu tu? Kalau dia jawab darurat, so terpaksa pakai juga duit "haram" ni.

Tanya pada dia balik, untuk kamu jer la yang darurat, orang lain tak boleh darurat sekali ker?

1 comments:

Man said...

betul tu bro, org keje bank terutama yg duk kt kaunter tu bukannya pandai sgt. Harap nama je keje bank, tanya lebih sikit dh.xtau. bukan sume la