V bersetuju dengan pendapat seorang kawan dalam facebook yang mengatakan masalah zina sebenarnya hanya boleh diselesaikan dengan perkahwinan. Jadi selama ni kempen jauhi zina berkesan atau tidak?
Ulasan yang akan V berikan ialah daripada pendapat sendiri. Sukacitanya jika ada yang dapat memberi pendapat samada ia adalah relevan atau sebaliknya. Pertama sekali kita perlu melihat situasi dan masalah tentang zina.
Zina adalah salah satu masalah yang wujud daripada perkara fitrah manusia. Sama seperti makan. Belum pernah kita nampak di kaca tv, kerajaan berkempen "Jauhi makan" kerana ramai rakyat Malaysia yang menghidap penyakit yang berkaitan pemakanan. Yang selalu kita dengar ialah kempen "Gaya Hidup Sihat" atau "Amalkan Pemakanan Sihat". Betul?
Jadi sejauh mana berkesannya kempen "Jauhi Zina"? Tentang ini, V katakan bahawa kempen ini sebenarnya hanya melambatkan tempoh kehancuran sesebuah bangsa. Ia langsung tidak menamatkan atau menjadi penyelesaian yang hakiki. Masalah zina hanya boleh diselesaikan dengan perkahwinan. Maka kita kena kembali kepada masalah pokok. Lazimnya jika pasangan zina tertangkap, apakah penyelesaian yang selalu orang buat? Kahwinkan ajer, betul tak? Jadi kenapa masalah zina dalam skop yang lebih besar, kita menyuruh orang supaya jauhi zina sedangkan itu adalah salah satu masalah fitrah. Sepatutnya kita mengadakan kempen mudahkan perkahwinan.
Pada zaman Rasulullah, berkahwin itu lebih senang daripada zina. Sehinggakan tiada alasan untuk tidak berkahwin dan memilih untuk berzina. Tapi pada era ni, berzina lagi senang daripada berkahwin. Cuba kalau kita sebut tentang hal kahwin di usia muda kepada generasi sebelum kita. Mesti mereka akan tarik kening, kerana peliknya dan jarang dibuat orang. Keyword di sini ialah, kita mesti ikut cakap orang. Kalau orang lain tak buat, kita jangan sibuk-ibuk nak buat.
Itulah masalah sebenarnya. Kita cuba menyelesaikan masalah dengan cara yang salah. Kalau secara analoginya, kita kata, kamu tebang pokok yang salah, tapi nak harap pokok yang sebelah lagi tu tumbang. Mana boleh.
Memetik kata-kata Elbert Einstein,
Apabila kita mahu menyelesaikan masalah zina ni, maka caranya ialah melihat mula-mula sekali, dimana bermulanya zina ni. Kenapa anak-anak muda memilih jalan zina dan bukannya berkahwin? Sebabnya ialah susahnya nak berkahwin. Tentangan daripada ibubapa, masalah kewangan sebab wang hantaran yang tinggi kerana terpaksa ikut standard. Jika ini masalah pokoknya, kenapa kita tak menyerang adat-adat dan pemikiran kita orang Melayu yang menjadi batu penghalang kepada perkahwinan?
Jawapannya mudah. Semua orang tahu, bahkan dari segi pemikiran kita orang Melayu, termasuk mereka yang faham agama, sebenarnya kita boleh berbalah pendapat tentang perkara khilaf dalam agama, kita boleh berbalah tentang hujah siapa yang betul dalam agama TAPI jangan sesekali menyentuh tentang soal adat kerana kita orang Melayu sangat sensitif tentang adat. Bila kita kata adat-adat Melayu dalam hal perkahwinan ini sangat bermasalah dan perlu samada mansuhkan atau mengalami penambahbaikkan, maka meloncatlah semua orang.
Oleh kerana takutnya orang-orang yang faham agama untuk menyentuh soal adat. Maka cara penyelesaian pun bukan mengikut jalan yang sepatutnya. Bahkan dibeloknya ke arah lain. Adalah perlu kita membetulkan paradigma pemikiran kita. Cara penyelesaian yang salah hanya menghasilkan masalah yang baru. Ia tidak membawa sebarang makna.
Corak pemikiran, adat-adat yang bercanggah dengan agama perlu diperangi. Inilah perjuangan sebenar dalam tujuan asal untuk menyelesaikan masalah zina. Perjuangan untuk berani menyatakan kebenaran kepada generasi silam tentang betapa salah dan rosaknya amalan perkahwinan disebabkan adat yang menyusahkan. V terlebih dahulu telah memulakan perang dengan adat-adat Melayu yang mengarut ni terutama dalam hal perkahwinan. Jika dulu V bertolak ansur dengan saudara terdekat dalam hal-hal ni. Tapi tidak lagi, V tak memenuhi kebanyakkan jemputan majlis perkahwinan, tidak lagi mengambil gambar bersanding kecuali atas permintaan. Masa untuk bertolak ansur telah tamat. V paling anti dengan istilah wang hantaran. Mungkin V agak radikal dalam soal ni, tapi V tak kisah jika mahar itu dinaikkan 300% daripada asal tapi untuk menerima istilah wang hantaran tidak sekali. Inilah yang V selalu katakan, ini helah yang paling hina dalam perjalanan menuju gerbang perkahwinan. Ia tiada dalam agama. Bukan setakat itu sahaja, tabarruj, berinai, bersanding, semuanya tiada nilai dalam agama dan sebahagiannya adalah haram. Tidak lebih hanya mendatangkan dosa dan pembaziran. Itu belum dikira bagaimana walimah itu diadakan. Penuh pembaziran dan dibuat bukan sekadar untuk memberi makan tapi untuk tujuan berbangga. Kalau tak buat semua perkara diatas nanti, keyword yang akan keluar ialah, "nanti apa orang kata?". Bayangkan kos untuk membuat pelamin boleh mencecah 1000 ringgit keatas. Gila ka orang Melayu nak membazir sebanyak tu? Orang kata kahwin hanya sekali, masalahnya mana kamu tahu kahwin tu sekali jer? Confirm ka?
Memandangkan status V yang masih single, maka orang tak pandang apa yang V tulis ni. Bahkan orang akan jawab balik, "hang kahwin dulu, baru hang berjuang dalam hal-hal ni, jangan buat alasan". Itulah masalahnya, adat tidak boleh disentuh dan bila ada orang yang menerima nasihat sebegini bila dah kahwin dan melalui semua perkara-perkara haram yang disebut diatas tadi, maka dia pun berhenti daripada apa yang diperjuangkannya (hangat-hangat taik ayam). Dia dah masuk perjuangan lain, iaitu nak tambah sorang lagi. Bolehkah orang yang bercerita tentang haramnya arak, jangan berclubbing, jangan layan GRO ni, orang akan cakap pada dia, "hang minum dulu arak, pergi clubbing, layan GRO dulu, than baru hang cerita tentang soal halal haram ni" Kalau ada pun yang cakap sebegitu ialah orang gila.
Antara perbuatan gila yang lain dalam hal perkahwinan ialah berpendapat bahawa lafaz ijab dan kabul mesti disambut terus tanpa tangguh selepas kadi habis melafaz dan pengantin perlu menjawab lafaz dengan sekali nafas. Tidakkah mereka tahu jika pengantin sekadar menjawab "saya terima", itupun telah dikira sah lafaznya. Itu belum lagi dikira selepas selesai ijab dan kabul, pengantin perlu melafazkan taqlid. Ini siapa yang ajar, bukankah ini ialah lafaz cerai. Rasulullah ada ajar selepas akad mesti kena lafaz taqlid? Ini kerja gila dari pejabat agama. Pendapat V ialah, orang yang menyusahkan agama layak ditendang keluar dari tingkap masjid!
Ada yang kata plak, soal wang hantaran ni ialah perkara remeh celah gigi. Kalau betul ayat tu, maka kerajaan India dan Pakistan takkan masuk campur dan mengharamkan pemberian hadiah sebegini dalam upacara perkahwinan. Kalau ia masalah celah gigi, maka kita boleh selesaikan masalah kahwin ni seperti memetik jari. Mulai hari ini, istilah dan nilai wang hantaran dimansuhkan dan nilai mahar dinaikkan 300%. Bolehkah kita announce macam tu, esoknya masalah selesai dan statistik zina dan buang bayi jatuh 70%?
Apabila V memilih untuk memboikot adat-adat Melayu yang mengarut ni. Maka akan ada akibatnya. Antaranya termasuklah kemungkinan akan dipulaukan oleh saudara sendiri dan juga orang lainnya. Sejak dari dahulu lagi diri ini melintasi perjuangan dalam agama berseorangan.

"we can't solve problems by using the same kind of thinking we used when we created them."

"we are told to remember the idea and not the man, because a man could fail"

0 comments:
Post a Comment