V tak berminat nak bercerita tentang soal kahwin. Tapi kalau Ustaz Zaharuddin yang memberikan kuliah, memang V akan attend kerana beliau seorang yang pakar dalam soal kewangan dan perbankan Islam. V suka belajar 2 topik ni.
Anyway, sangatlah bermanfaat kuliah di atas menerusi IKIM.FM. Seperti kata Ustaz, rumahtangga yang dibina atas dasar materialistik seolah-olah ingin meletakkan kebahagiaan pada harta. Jika harta hilang, maka bahagia pun hilang.
V sangat simpati dengan mereka yang bakal berumahtangga yang terpaksa membuat pinjaman dari bank. Bank plak ialah bank riba. Demi memenuhi nafsu keluarga yang mahukan walimah yang mewah dan grand, sanggup mengheret anak dan menantu memusuhi Allah dan Rasul demi wang hantaran. Inikah bahagia yang dicari? Inikah berkah yang dicari dengan mengikut adat yang ternyata buruknya disisi Islam?
Inikah adat dan nilai yang generasi silam mahukan generasi sekarang mewarisi sehingga kepada cucu mereka?
Jika rendahnya mahar itu dikira rendahnya darjat wanita, katakan pada mereka yang meletakkan nilai seorang wanita itu pada wang ringgit. Sesungguhnya wang ringgit itu akan mengalami inflasi tetapi yang jika nilai wanita itu diletakkan pada jiwa dan kefahamannya kepada agama. Maka itulah sebaik-baik warisan kepada generasi seterusnya.
Materialistik ialah sifat yang bahaya dalam masyarakat. V sendiri melihat betapa teruknya masyarakat yang memiliki sifat dan nilai ini. Ia merosakkan masyarakat dan menjadikan masyarakat tersebut dipandang hina. Berjalanlah di muka bumi ini nescaya kamu sendiri akan melihatnya.
V sendiri secara tegas menolak mana-mana orang yang dikesan memiliki sifat ini. Jika V jumpai ada sifat-sifat ni pada seseorang samada kawan ataupun baru kenal, dia disingkirkan daripada hidup V.
Tidak ada kemuliaan pada mereka yang meletakkan nilai bahagia pada wang ringgit. Mereka tidak lain hanya akan membebankan hati kita dengan cita-cita mereka terhadap dunia.



0 comments:
Post a Comment