Tuesday, January 3, 2012

Sentiasa beringat tentang email account kita

V baru jer dapat call dari kawan di saudia. Dia complain yang email acount dia dah kena hack. Memang totally tak boleh reclaim balik sebab yang hack email dia dah tukar semua credentials.

So di sini V nak ingatkan kepada semua yang membaca entry ni. Email anda ni adalah unik, ia adalah identity anda ketika di internet. Semua account dari forum hingga ke pesbuk, semuanya perlukan verification of email account. So don't take for granted email account anda ni.

Everytime V selalu bagi nasihat pada kawan-kawan, make sure password email korang tu sangat unik dan jangan lagi guna password yang sama untuk korang create account baru kt mana-mana forum atau kt mana-mana website lain.

Tujuannya ialah kalau forum atau website tu di hack, hacker tu boleh retrieve balik email account korang dan dia boleh decrypt password forum tu. Lazimnya hacker tu akan try guna password forum yang dah di hack tu utk access email user tadi. Memang ramai yang suka guna 1 password untuk semua account dia yang merata-rata dalam internet.

JANGAN AMALKAN SEBEGITU

Anda meletakkan identity anda dalam bahaya.

Bila email anda di hack, semua address book kawan-kawan anda dah exposed. So kawan-kawan anda akan terdedah kepada email spamming, semuanya salah anda. Jadikan ini sebagai amanah, bahawa anda ada tanggungjawab untuk melindungi kawan-kawan anda.

Tentang kawan V tadi tu, si hacker tu siap mintak 2500 US Dollar kalau nak balik email dia dan dia dah spam semua orang dalam address book dengan menyamar sebagai kawan V tadi tu dan mendakwa dia stuck kat London dan perlukan bantuan kewangan.

So you have been warned!!!

0 comments: