Sunday, October 12, 2014

Hagia Sophia, Istanbul

Sekarang slot untuk melawat Aya Sofya atau Hagia Sophia. Asalnya dulu ketika era Byzantine, inilah gereja yang paling besar. Namun setelah ia ditawan oleh Sultan Mehmed II, maka ia ditukar menjadi masjid.

Apabila sampai era pemodenan Turki oleh Mustapha Kamal Attaturk, ia akhirnya ditukar menjadi muzeum. Ketika ia menjadi masjid, semua painting dan artifek Byzantine dipelihara rapi dan cuma ditutup dengan kain. Itulah kehebatan toleransi dalam Islam.

Ketika mula-mula Sultan Mehmed II memasuki perkarangan Aya Sofya, terdapat ramai rakyat Byzantine mendapatkan perlindungan di dalam untuk melindungi diri dari peperangan. Baginda telah berbicara kepada rakyat Byzantine seperti memujuk kanak-kanak. Di dalamnya baginda Sultan telah sujud ke tanah sebagai tanda syukur disaksikan rakyat Byzantine.

Baginda juga meletakkan pengawal tentera di sekitar Aya Sofya bagi mengelakkan dari kalangan tentera Uthmaniyyah merosakkan sebarang binaan di dalamnya beberapa hari selepas penawanan Konstantinople.

Hingga ke hari ini, ia masih sebuah muzeum. Jika ada berita yang tersebar di internet yang mengatakan Aya Sofya telah menjadi masjid. Ia sebenarnya sebuah pembohongan.

DSC_0224
Cuaca tak berapa panas dan pemandangan di luar sangat cantik

DSC_0237
On the way masuk ke dalam Aya Sofya

DSC_0240
Cantik pemandangan kubah di atas yang berwarna keemasan

DSC_0244
Di sebelah sini ada kerja-kerja membaikpulih. Tak tau la membaiki painting atau struktur bangunan

DSC_0248
Di tingkat atas, di sini tempat Maharani Byzantine duduk ketika upacara keagamaan sedang berlangsung

DSC_0251
View dari tingkat atas

DSC_0260
Di atas kubah separuh sana ada gambar Saint Mary dan Jesus

Lighting di dalam Aya Sofya agak gelap dan ada beberapa painting tidak dibenarkan menggunakan flash supaya painting tidak rosak akibat cahaya yang intensive. Maka kenalah guna ISO 800 - 1000. Sorry gambar-gambar di atas tak berapa menjadi sebab V memang sangat gagal dalam lighting begini....;-p

Sunday, October 5, 2014

Menziarah makam Sultan Abdul Hamid II

Selepas kami menghabiskan sesi pagi di Rumeli Hisari, sekarang masa untuk menziarah makam Sultan Abdul Hamid II. Beliau adalah sultan Uthmaniyyah yang terakhir sebelum digantikan oleh sultan boneka tajaan Turki Moden. Inilah Sultan yang ketika itu rakyatnya sendiri tidak benar-benar mengenalinya bahkan menentangnya sehinggalah baginda wafat. Baginda digelar diktator, zalim dan sebagainya.

Namun inilah hakikat yang baginda terpaksa telan apabila mewariskan sebuah kerajaan yang begitu corrupt daripada bapa-bapanya yang terdahulu. Daripada pelajaran sejarah yang dapat kita ambil di sini ialah, jika kita memilih perjuangan nasionalis berbanding agama dan meninggalkan jihad, maka Allah akan mencabut kemuliaan itu daripada kita sehingga akhirnya kerajaan Uthmaniyyah ketika itu dikenali sebagai "The Sick Man of Europe".


Video penerangan Ustaz Syaari berkenaan kisah Sultan Abdul Hamid II

Hari ini, kerajaan Uthmaniyyah telah tinggal sebagai kenangan dan paling malang bagi kita apabila sumber sejarah kita datangnya daripada Orientalis Barat yang begitu cenderung untuk menyeleweng fakta sejarah umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempelajari semula sejarah dan mengambil iktibar untuk mengembalikan maruah umat ini yang kehilangan identiti.

Kita bukan pelancong suka-suka. Kita adalah pengembara muslim yang mencari ibrah untuk dibawa pulang dan membawa nilai tambah (added value) pada diri. Mengembara menjadikan kita sentiasa berfikiran terbuka dan menerima idea yang berbeza untuk mencapai matlamat yang sama.

Ketika V melawat bandar Paris dahulu, hati rasa begitu teruja untuk melihat sendiri Eiffel Tower. Namun setelah sampai betul-betul di bawah binaan ni, barulah tersedar, "ini ajer?". Rasa begitu sia-sia kerana tiada apa-apa ibrah untuk santapan jiwa. Ia hanyalah pengembaraan yang membuang duit. Sejak balik daripada situ, matlamat seterusnya jika ingin mengembara lagi, pastikan ia juga membawa manfaat untuk jiwa yang mahukan sebuah ibrah.

DSC_0172
Dalam perjalanan dari Rumeli Hisari

DSC_0177
Pemandangan laut yang indah

DSC_0181
Inilah pintu masuk Istana Dolmabace. 

Di atas, sebuah istana yang dibina berkonsepkan Eropah yang menjadi simbol kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah. Apabila sultan-sultan ketika itu tertarik dengan keduniaan dan mula meninggalkan jihad, maka akhirnya berakhirlah sebuah kegemilangan kerajaan yang dulunya begitu kuat dan dikagumi.


DSC_0193
V ada katakan, masjid di Istanbul nampak macam photostat satu sama lain.

DSC_0197
Pemandangan kota Istanbul

DSC_0209
Di sinilah bersemadinya sultan-sultan terdahulu. Di sebelah kiri dan depan sekali ialah makam Sultan Abdul Hamid II. Semoga Allah mengurniakan rahmat kepada baginda.


I am sure that the historians will vindicate me, and even if the Turkish do not do so I am certain that some foreign historians will do me justice - The Sultan: The life of Abdul Hamid by Joan Haslip. (petikan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar, catatan Ustaz Hasrizal, page 165)

Rumeli Hisari, Istanbul

Trip seterusnya, Rumeli Hisari. Tembok pertahanan yang dibina oleh Sultan Mehmed II di Selat Bosphorus. Asal pembinaan ini dijangka siap 10 bulan kemudian namun projek ini siap dalam masa 149 hari. Salah satu perancangan rapi dan bukan sebuah projek main-main. Demi sesungguhnya ia adalah kerja orang-orang yang serius yang mengambil 300 orang jurutera paling mahir dan beratus pekerja mahir.


Video yang dirakam oleh saudara Ashadi Nordin, penerangan oleh Ustaz Syaari berkenaan Rumeli Hisari

Memandangkan adanya video diatas maka tak perlulah V nak menulis panjang-panjang tentang kota ni. Ada banyak lagi entry nak bercerita tentang trip Istanbul ni. Ini pun istikhamah menulis setiap minggu 1-2 entry. Maaf, kehidupan engineer ni begitu busy la.

Apabila siap pembinaan kota ini, Byzantine begitu terkejut dengan kehebatan dan betapa cepatnya kota ini disiapkan. Masya-Allah.

DSC_0132
Di pintu masuk, Rumeli Hisari ini dibina menghadap Selat Bosphorus

DSC_0135
Fakta tentang Rumeli Hisari. Patutnya snap gambar ni di sebelah terjemahan English tu. Sila maafkan diri ini yang cenderung dengan sisi sebelah kiri. Mungkin sebab V left-handed.

DSC_0138
Pemandangan yang cantik dari sebelah sini

DSC_0139
Salah satu dari tiga menara yang besar

DSC_0144
Itu jambatan yang menghubungkan Eropah dan Asia

DSC_0147
Cantik view dari sini

DSC_0148
Nak mendaki ni yang penat ni

DSC_0167
Selfie dulu sebelum berangkat, Ustaz Syaari