Monday, December 22, 2014

Setakat ini tulisanku, disini akhirnya

Setelah 2 dua hari membaca hampir kesemua entry yang telah menjadi sejarah dalam blog ni. Sebenarnya diri ini terasa ada sesuatu yang tak kena pada gaya tulisan dan penyampaian. Mungkin pada ketika di saat menulis, diri memang tak terasa apa-apa ketika itu.

Namun usia semakin jauh dan kematangan disertai ilmu dari tahun ke tahun membawa kepada kesedaran bahawa yang tidak kena itu mesti dirawat. Diri bertanggungjawab kepada apa yang ditulis bukan apa yang orang lain faham.

Memang diakui, tulisanku ini kengkadang menyinggung orang lain kerana terlalu direct dan inilah gaya tulisan pada masa lalu yang menjadikan diri ini tidak tenteram untuk terus meletakkan ia untuk terus dibaca dan dijadikan sesuatu yang kekal.

Sesuatu yang tidak kena apabila tulisan itu semua bersalut dengan emosi yang bercampur-campur dan kebanggaan. Ia meninggalkan kesan di hati ini bahawa daku tidak mungkin sampai kepada keredhaan Tuhan dengan tulisanku ini. Ada yang baik, namun tulisan yang tidak kena itu terlalu sukar untuk dibaiki.

Imam Birgivi ketika hayatnya yang lalu pada abad ke-16 dalam sejarah Daulah Uthmaniyyah. Beliau juga merasai sesuatu yang tidak kena pada masyarakatnya, lalu beliau meminta pendapat gurunya. Maka gurunya mencadangkan agar beliau meninggalkan jawatan dalam kerajaan. Cadangan itu diterima, bahkan bukan sahaja Imam Birgivi meninggalkan jawatannya, beliau juga telah mengembalikan kesemua wang gaji seumur hidupnya kepada kerajaan dan berhijrah ke kawasan terpencil. Rasa tersentuh dengan cerita Imam Birgivi ini.

Justeru diri ini tidaklah rasa kehilangan sangat jika blog ini akhirnya ditutup kerana diri ini juga pernah menutup account facebook suatu masa lalu dan kembali memulakan yang baru hanya untuk rakan-rakan terdekat setahun kemudian.

Menutup blog ini dirasakan jalan yang paling mententeramkan jiwa. Rasa terlalu cinta kepada ilmu, banyak buku-buku yang mahu dibaca. Tidak ada masa untuk menulis dan meluahkan rasa di hati di sini. Sesungguhnya ada orang lain di luar sana yang jauh lebih baik mampu untuk menukilkan sebuah rasa dan cerita penuh ibrah.

Cukup setakat ini, daku tidak mahu dikenali orang lagi, ingin kembali memiliki kehidupan tersembunyi, mempelajari ilmu, terus membaca, membaiki diri untuk mengejar harapan yang lebih baik untuk akhirat. Bersendirian dalam dunia yang sunyi.

Insha-Allah, facebook, twitter dan instagram samada masih ada atau bakal mengalami nasib yang sama dan diri ini meninggalkan beberapa entry yang dirasakan terbaik sebagai legacy untuk ditinggalkan dan yang selebihnya telah ditarik balik. Penulis blog ini memohon maaf di atas tulisan-tulisan yang lalu yang mungkin menyinggung rasa pengunjung yang bertamu di sini. Sehingga kita berjumpa lagi.


"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sehingga kamu melupakan kegagalan dan rasa sakit hati."

Sunday, November 23, 2014

Cinta buku, membina diri untuk sebuah masa depan

Tahun 2014 semakin berakhir dengan bakal kemunculan bulan Disember. Sejak beberapa bulan ni, V rasa jatuh cinta dengan buku. Setiap kali pergi kedai buku atau book fest, mesti akan ter'shopping sakan. Ehmm....

Sejak balik dari Turki, dan mendengar tentang cerita-cerita dan watak dari Turki melalui tulisan Ustaz Hasrizal. Sekarang ni V tengah obses dengan Imam Birgivi dan Bediuzzaman Said Nursi. Ada 1 buku Imam Birgivi bertajuk, The Path of Muhammad, Morals and Ethics. V cari buku ni dalam Google Play, tapi tak jumpa. Tapi akhirnya jumpa di dua tempat, satu di itunes US dan satu lagi di Kinokuniya KLCC.

Perbandingan harga;

- itunes US: The Path of Muhammad

- Kinokuniya KLCC: The Path of Muhammad : A Book on Islamic Morals and Ethics [Paperback]

V suka menyebut, Kinokuniya ni memang suka letak harga sesuka hati mahal gila. Kalau nak beli buku, make sure cari di semua tempat dahulu, than bila tak jumpa, barulah cari kat Kinokuniya ni sebab harga di sini memang untuk orang yang isi minyak RON97 jer kot.

Dulu V beli buku, "Reclaim your heart by Yasmin Mogahed" di sini, harganya RM102. Sekarang diaorg letak harga dalam lingkungan RM80++. Eh, buku dah turun harga macam ikut harga minyak dunia per barrel plak. Gerammmm.....

Selalu V cari buku di Google Play. Di sini ada juga buku tempatan terbitan PTS. Lagi murah dari cetakan fizikal. Satu lagi di Karangkraf eMall. Kena download apps eMall dulu dari apple store, than baru boleh beli dari situ.

Kalau nak beli ebooks dari itunes US, ada caranya memandangkan kita Malaysia tak boleh beli direct sebab undang-undang export US menghalang kita dari beli direct. Malah sebenarnya membeli ebooks dari oversea publications berada dalam grey area sebab diaorg tak bayar cukai kpd negara kita. Jadi international ebooks yang dibeli tak boleh claim dalam LHDN tax exemption yer. Tapi tak sure, kalau claim juga, LHDN tak marah ker? Ehmm....kena tanya diaorg.

Nak beli juga? Than kena create account itunes US, caranya boleh google di Internet. Lepas tu kena beli itunes US gift card sebab card credit selain alamat US akan di block. Untuk beli itunes US gift card, yang ni ada dijual di lelong.com atau di forum lowyat.net. Cari seller yang paling jual murah. Lepas tu redeem card tu di account yang kita create. Lepas tu, haa...cari la buku apa yang nak dibeli. Di itunes US, beribu buku yang dijual. Murah plak tu kalau nk dibandingkan cost kalau buku fizikal tu di export ke sini.

Sekarang ni, everytime tunggu ERL atau dalam ERL, V akan menggunakan masa untuk membaca buku. Tak kira ada masa terluang, akan buka buku. Rasa seronok membaca. Sebab membaca buku teknikal tersangatlah rasa nak muntah. Buku CCIE takper, ni ha, buku CISSP ni, ada 1000 pages tapi tengah dalam 200++ pages ni. Ya Allah dugaannya, buku yang paling dense la org teknikal kata.

Berbeza dengan buku-buku terbitan tempatan ni. V nak tanya local publishers kita ni, kenapa bila print buku tu, tak penuhkan page tu? Tulisan lebih besar dan banyak ruang kosong di kiri dan kanan, atas dan bawah. Tak macam buku teknikal, tulisan kecil dan penuh page tu. Adakah ini helah sebab nak menampakkan buku tu tebal dan ada alasan nak jual mahal?

Ni direct complain ni...nasib baik cover bukunya cantik.

Buku yg semakin meninggi...
Semakin meninggi buku-buku ni. Nak kena ada rak baru ni. Kabinet dah penuh.

Sebenarnya ada banyak lagi buku yang ada tapi banyak ni yang diletak atas meja. Kalau nak kira dalam ipad ni, ada berpuluh buku ebooks teknikal punya. Selalu V beli dari Cisco Press. Selebihnya download dari Internet.

Dalam usia yang semakin tua ni, terasa hidup semakin singkat. Ramai orang datang dan meninggalkan kita. Nenek V sebelah ayah baru seminggu lepas telah meninggal dunia. Yang hidup perlu meneruskan kehidupan. V bertekad nak membaca dan terus membaca kesemua buku-buku yang dibeli. Memahami agama untuk masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri. Dah tiada masa lagi untuk memandang ke belakang.

Buku yang V suka untuk recommend pada kalian; Fiqh Keutamaan, Yusuf Al-Qaradawi - dari Google Play terbitan PTS Islamika.

Banyak perkara nak dikejar pada tahun hadapan. Exam CISSP dah booked pada April 2015. Lepas tu nk kena renew CCIE ni plak. Ishhh...banyaknya nak kena study ni. Anyway, V dah register course Islamic Online University IOU, Higher Diploma Bridge to Master in Islamic Studies untuk sesi Spring yang akan bermula pada March 2015. Yuran nanti bayar tahun depan sebab nak masuk claim LHDN 2015 punya...muahaha.

Semoga kelebihan hidup single ni mampu untuk mengejar dunia dan akhirat dalam tempoh kehidupan yang singkat ini. Dengan bertemankan buku-buku, tiada terasa kesunyian menjalani kehidupan yang mengasingkan diri dari orang lain. Hati boleh kecewa tapi jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Tuhan. Yang paling penting, semoga Allah redha dan memberkahi perjalanan hidup kita. Saya dan kamu.

Amin.

Melintasi Selat Bosphorus

Yang ni last entry berkenaan Istanbul. Kali ni kitaorg naik boat persiaran melintasi selat Bosphorus selama lebih kurang sejam lebih.

DSC_0325
Saiful Nang dah tak sabar tu...

DSC_0333
Galata Tower

DSC_0335
Itu jambatan yang menghubungkan Asia dan Eropah

DSC_0336
View dari bahagian sebelah

DSC_0343
Ok, naik cepatt....

DSC_0344
Itu Masjid Baru namanya.

DSC_0372
Cantik plak jambatan ni

DSC_0380
Rumesi Hisari pandangan dari selat

DSC_0414
Ini namanya Maiden's Tower

Ramai orang pergi ke Maiden's Tower tu. Dari hikayat sebuah cerita, seorang Sultan telah bermimpi puterinya telah mati dipatuk ular. Maka Sultan telah membawa puteri tersebut di sini namun ular tersebut berjaya menyusup masuk ke dalam menara ni melalui bekalan makanan yang dibawa oleh pekerja. Akhirnya puteri tersebut tetap menemui kematian.

Maaf, ayat diatas nampak direct sangat, malas nk berbelit bermain kata-kata. Kalau mati, katakanlah mati. Nak buat cam ner?

Berakhirlah episod untuk Istanbul kali ini. Pengalaman di Turki benar-benar berbekas di hati. Rasa nak pergi lagi tapi kali ni mungkin nak pergi ke kawasan pedalaman. Lemas la jalan-jalan kat tempat crowded ni.

Melawat Istana Topkapi

Rasanya dah hampir 3 minggu tak sambung lawatan ke Istanbul ni. Alamak, sibuk giler ni. Rasanya nk kena habiskan jugak semua entry pasal Istanbul malam ni juga.

Selepas kitaorg jenjalan di Hagia Sophia, tiba masa untuk singgah di Istana Tokapi. Dalam kawasan ni terdapat banyak pameran berkenaan artifek-artifek sejarah umat Islam. Antaranya, rambut dan gigi Rasulullah, tongkat Nabi Musa, baju keluarga Nabi dan lembaran Al-Quran.

Berkenaan tongkat Nabi Musa tu, bila di tengok, tongkat tu taklah tinggi sangat dan ia halus tak terlalu tebal. Anyway, V agak skeptikal berkenaan tongkat Nabi Musa ni, betul ker ini tongkat Nabi Musa. Ehhhmm.....

Anyway, that is not the point. Umat Islam disuruh untuk mengambil pelajaran dari Al-Quran bukannya memuja tongkat Nabi. V ada tanya Ustaz Shaari, "tongkat Nabi bukan dah hilang ka, lepas Nabi campakkan ke laut merah tu?"

Ustaz Shaari jawab; "eh.. mana ada". Rasanya Ustaz pun tergelak bila dengar soalan ni.

DSC_0278
Ini pintu masuk bahagian dalam Istana Tokapi tu, ramai betul pelancong

DSC_0279
Dah masuk dalam, mula-mula nampak, kawasan bahagian dapur. Besarnya dapur...

DSC_0282
Ni yang kawasan atas tu la, jenjalan sini dulu.

DSC_0295
Dalam tengah bersiar-siar di tengah taman yang luas ni, ada pertunjukan Mehter; unit dari Tentera Turki yang memainkan alat muzik. Ini adalah military band tertua di dunia.

DSC_0303
Memang sedap dan bersemangat bila dengar diaorg mainkan muzik tu

DSC_0309
Tengok ha, ramai giler, memang tak dapat view nak snap gambar dgn selesa.

DSC_0312
Ok, masa untuk masuk kawasan lain plak.

DSC_0313
OK, ni la kawasan yang ada semua bahan artifek yang disebutkan tadi.

Dalam beberapa kawasan pameran, tak dibenarkan ambil gambar. Tapi Saiful Nang ada curi-curi snap gambar tongkat Nabi Musa tu. So kalau nk tengok gambar tongkat tu, mintak kat dia....haha

Sebenarnya V tak berapa suka nak berjalan di tengah-tengah crowded people ni. Rasa lemas. Jadi banyak bilik-bilik pameran dalam ni V cuma lalu dengan lajunya. Malas nak tengok lama-lama.

Sunday, October 12, 2014

Hagia Sophia, Istanbul

Sekarang slot untuk melawat Aya Sofya atau Hagia Sophia. Asalnya dulu ketika era Byzantine, inilah gereja yang paling besar. Namun setelah ia ditawan oleh Sultan Mehmed II, maka ia ditukar menjadi masjid.

Apabila sampai era pemodenan Turki oleh Mustapha Kamal Attaturk, ia akhirnya ditukar menjadi muzeum. Ketika ia menjadi masjid, semua painting dan artifek Byzantine dipelihara rapi dan cuma ditutup dengan kain. Itulah kehebatan toleransi dalam Islam.

Ketika mula-mula Sultan Mehmed II memasuki perkarangan Aya Sofya, terdapat ramai rakyat Byzantine mendapatkan perlindungan di dalam untuk melindungi diri dari peperangan. Baginda telah berbicara kepada rakyat Byzantine seperti memujuk kanak-kanak. Di dalamnya baginda Sultan telah sujud ke tanah sebagai tanda syukur disaksikan rakyat Byzantine.

Baginda juga meletakkan pengawal tentera di sekitar Aya Sofya bagi mengelakkan dari kalangan tentera Uthmaniyyah merosakkan sebarang binaan di dalamnya beberapa hari selepas penawanan Konstantinople.

Hingga ke hari ini, ia masih sebuah muzeum. Jika ada berita yang tersebar di internet yang mengatakan Aya Sofya telah menjadi masjid. Ia sebenarnya sebuah pembohongan.

DSC_0224
Cuaca tak berapa panas dan pemandangan di luar sangat cantik

DSC_0237
On the way masuk ke dalam Aya Sofya

DSC_0240
Cantik pemandangan kubah di atas yang berwarna keemasan

DSC_0244
Di sebelah sini ada kerja-kerja membaikpulih. Tak tau la membaiki painting atau struktur bangunan

DSC_0248
Di tingkat atas, di sini tempat Maharani Byzantine duduk ketika upacara keagamaan sedang berlangsung

DSC_0251
View dari tingkat atas

DSC_0260
Di atas kubah separuh sana ada gambar Saint Mary dan Jesus

Lighting di dalam Aya Sofya agak gelap dan ada beberapa painting tidak dibenarkan menggunakan flash supaya painting tidak rosak akibat cahaya yang intensive. Maka kenalah guna ISO 800 - 1000. Sorry gambar-gambar di atas tak berapa menjadi sebab V memang sangat gagal dalam lighting begini....;-p

Sunday, October 5, 2014

Menziarah makam Sultan Abdul Hamid II

Selepas kami menghabiskan sesi pagi di Rumeli Hisari, sekarang masa untuk menziarah makam Sultan Abdul Hamid II. Beliau adalah sultan Uthmaniyyah yang terakhir sebelum digantikan oleh sultan boneka tajaan Turki Moden. Inilah Sultan yang ketika itu rakyatnya sendiri tidak benar-benar mengenalinya bahkan menentangnya sehinggalah baginda wafat. Baginda digelar diktator, zalim dan sebagainya.

Namun inilah hakikat yang baginda terpaksa telan apabila mewariskan sebuah kerajaan yang begitu corrupt daripada bapa-bapanya yang terdahulu. Daripada pelajaran sejarah yang dapat kita ambil di sini ialah, jika kita memilih perjuangan nasionalis berbanding agama dan meninggalkan jihad, maka Allah akan mencabut kemuliaan itu daripada kita sehingga akhirnya kerajaan Uthmaniyyah ketika itu dikenali sebagai "The Sick Man of Europe".


Video penerangan Ustaz Syaari berkenaan kisah Sultan Abdul Hamid II

Hari ini, kerajaan Uthmaniyyah telah tinggal sebagai kenangan dan paling malang bagi kita apabila sumber sejarah kita datangnya daripada Orientalis Barat yang begitu cenderung untuk menyeleweng fakta sejarah umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempelajari semula sejarah dan mengambil iktibar untuk mengembalikan maruah umat ini yang kehilangan identiti.

Kita bukan pelancong suka-suka. Kita adalah pengembara muslim yang mencari ibrah untuk dibawa pulang dan membawa nilai tambah (added value) pada diri. Mengembara menjadikan kita sentiasa berfikiran terbuka dan menerima idea yang berbeza untuk mencapai matlamat yang sama.

Ketika V melawat bandar Paris dahulu, hati rasa begitu teruja untuk melihat sendiri Eiffel Tower. Namun setelah sampai betul-betul di bawah binaan ni, barulah tersedar, "ini ajer?". Rasa begitu sia-sia kerana tiada apa-apa ibrah untuk santapan jiwa. Ia hanyalah pengembaraan yang membuang duit. Sejak balik daripada situ, matlamat seterusnya jika ingin mengembara lagi, pastikan ia juga membawa manfaat untuk jiwa yang mahukan sebuah ibrah.

DSC_0172
Dalam perjalanan dari Rumeli Hisari

DSC_0177
Pemandangan laut yang indah

DSC_0181
Inilah pintu masuk Istana Dolmabace. 

Di atas, sebuah istana yang dibina berkonsepkan Eropah yang menjadi simbol kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah. Apabila sultan-sultan ketika itu tertarik dengan keduniaan dan mula meninggalkan jihad, maka akhirnya berakhirlah sebuah kegemilangan kerajaan yang dulunya begitu kuat dan dikagumi.


DSC_0193
V ada katakan, masjid di Istanbul nampak macam photostat satu sama lain.

DSC_0197
Pemandangan kota Istanbul

DSC_0209
Di sinilah bersemadinya sultan-sultan terdahulu. Di sebelah kiri dan depan sekali ialah makam Sultan Abdul Hamid II. Semoga Allah mengurniakan rahmat kepada baginda.


I am sure that the historians will vindicate me, and even if the Turkish do not do so I am certain that some foreign historians will do me justice - The Sultan: The life of Abdul Hamid by Joan Haslip. (petikan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar, catatan Ustaz Hasrizal, page 165)

Rumeli Hisari, Istanbul

Trip seterusnya, Rumeli Hisari. Tembok pertahanan yang dibina oleh Sultan Mehmed II di Selat Bosphorus. Asal pembinaan ini dijangka siap 10 bulan kemudian namun projek ini siap dalam masa 149 hari. Salah satu perancangan rapi dan bukan sebuah projek main-main. Demi sesungguhnya ia adalah kerja orang-orang yang serius yang mengambil 300 orang jurutera paling mahir dan beratus pekerja mahir.


Video yang dirakam oleh saudara Ashadi Nordin, penerangan oleh Ustaz Syaari berkenaan Rumeli Hisari

Memandangkan adanya video diatas maka tak perlulah V nak menulis panjang-panjang tentang kota ni. Ada banyak lagi entry nak bercerita tentang trip Istanbul ni. Ini pun istikhamah menulis setiap minggu 1-2 entry. Maaf, kehidupan engineer ni begitu busy la.

Apabila siap pembinaan kota ini, Byzantine begitu terkejut dengan kehebatan dan betapa cepatnya kota ini disiapkan. Masya-Allah.

DSC_0132
Di pintu masuk, Rumeli Hisari ini dibina menghadap Selat Bosphorus

DSC_0135
Fakta tentang Rumeli Hisari. Patutnya snap gambar ni di sebelah terjemahan English tu. Sila maafkan diri ini yang cenderung dengan sisi sebelah kiri. Mungkin sebab V left-handed.

DSC_0138
Pemandangan yang cantik dari sebelah sini

DSC_0139
Salah satu dari tiga menara yang besar

DSC_0144
Itu jambatan yang menghubungkan Eropah dan Asia

DSC_0147
Cantik view dari sini

DSC_0148
Nak mendaki ni yang penat ni

DSC_0167
Selfie dulu sebelum berangkat, Ustaz Syaari