Monday, September 29, 2014

Menziarahi Masjid Al-Fateh dan makam baginda Sultan Mehmed II

Di sinilah bersemadinya jasad baginda Sultan Mehmed II Al-Fateh. Sebaik-baik pemimpin yang telah berjaya menawan kota Konstantinople pada peperangan kali ke-13 yang sebelumnya telah dirintis oleh 6 sultan sebelum baginda.

Mengenali baginda dan perjuangan sultan-sultan terdahulu sebelumnya, kita dapat merasakan bahawa kehidupan kita yang kita rasa sedang melakukan sesuatu untuk agama seolah-olah berada di tahap main-main. Perjuangan dahulu, mereka bekerja siang dan malam tanpa henti bahkan kehidupan baginda Sultan Mehmed ketika kecil pun tidak mendapat belaian kasih dari ayahanda baginda kerana terlalu sibuk dengan kempen peperangan dan percubaan pembukaan kota Konstanstinople.

Kalau ada yang tidak memahami sejarah Uthmanniyyah dan mempersoalkan kenapa kerajaan Islam Uthmanniyyah begitu bersungguh-sungguh dan terlibat dalam banyak siri peperangan dengan kerajaan Kristian Byzantine? Adakah Islam begitu suka kepada peperangan? Adakah Islam dan Kristian tidak boleh berdamai?

Maka ini jawapannya, kerajaan Islam telah bertembung dengan kerajaan Roman 800 tahun sebelum pembukaan Kota Konstantinople. Ketika itu kerajaan Islam ialah kerajaan Madinah yang diketuai sendiri oleh baginda Rasulullah. Baginda Nabi telah menghantar utusan kepada kerajaan Rom, namun Rom telah membunuh utusan baginda.

Sekiranya Rasulullah tidak mengistiharkan perang kepada Rom yang telah melanggar undang-undang antarabangsa ketika itu dengan membunuh diplomat, maka pasti kerajaan Rom akan memandang lekeh kerajaan Islam Madinah bahkan mungkin Rom akan menghantar tenteranya untuk melanggar Madinah. Maka terjadilah peperangan seperti Tabuk dan Yarmuk. Kesemua peperangan ini dalangnya adalah datangnya dari Kota Konstantinople. Justeru itu, timbullah visi dari baginda Rasulullah menyatakan kota itu pasti akan ditawan.

“Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Inilah bukti kerasulan baginda, ia bukan cakap kosong. Sekiranya visi tersebut tidak tercapai, maka pastilah musuh Islam akan mentertawakan Nabi dan memperlekehkan Islam. Visi tersebut akhirnya terlaksana selepas 800 tahun kemudian. Ini bukan kisah perjuangan yang dilakukan mengikut watak-watak yang muncul pada setiap zaman. Ia adalah sinergi perjuangan yang bersambung secara berterusan sehingga apabila sampai ke era Sultan Mehmed II Al-Fateh, semuanya telah dipermudah oleh ayahanda dan datuk-datuknya, generasi yang terdahulu.

Ketika kempen pembukaan Kota Konstantinople, baginda Sultan Mehmed II telah menghantar utusannya sebanyak 3 kali kepada Maharaja Rom ketika itu namun kesemuanya ditolak. Justeru itu, bukanlah sifat muslimin untuk suka berperang melainkan untuk menghapuskan kezaliman dengan cara yang paling baik. Sesungguhnya kerajaan Byzantine sejak dari dahulu adalah kerajaan samseng yang sentiasa mencari jalan untuk membuli dan berperang dengan kerajaan Islam.

Dipendekkan cerita, 29 Mei 1453, ketika Sultan Mehmed memasuki Kota Konstantinople selepas menang dalam peperangan. Baginda menuju masuk ke Aya Sophia dan melihat ramai rakyat awam Konstantinople berada di dalam untuk mendapat perlindungan. Namun baginda Sultan telah berdialog kepada mereka bagaikan memujuk anak kecil dan baginda telah bersujud di dalam Aya Sophia yang seterusnya telah ditukar menjadi masjid.

Jika ada yang mengatakan tiada toleransi kepada penganut Kristian ketika itu, sebenarnya tawaran untuk mengekalkan Aya Sophia sebagai gereja telah dijamin oleh Sultan Mehmed II ketika utusannya datang menawarkan pembukaan kota secara aman. Namun setelah kota ini ditawan, gereja Aya Sophia ditukar menjadi masjid kerana tawaran tersebut terbatal kerana perutusan itu ditolak. Semua binaan dan mural berunsur Kristian di dinding cuma ditutup dengan kain dan buktinya boleh dilihat sehingga ke hari ini apabila dinding Aya Sophia dipamerkan dan terdapat gereja disebelahnya yang masih dikekalkan fungsinya ketika pemerintahan Sultan Mehmed II. Bukan dari sifat tentera muslimin merosakkan binaan dan artifek. Bahkan dari cerita sejarah yang ditulis oleh BBC, menyebut pembukaan kota ini jauh lebih "manusia" dari perang saudara Kristian pada tahun 1204. Patriarch Byzantine ketika itu juga menyebut "kami lebih rela diperintah oleh orang berserban daripada yang bertopi Latin".

DSC_0090
Jalan menuju ke Masjid Al-Fateh di atas sana

DSC_0096
Kawasan perkarangan Masjid Al-Fateh. Di tengah ni adalah tempat berwuduk untuk lelaki sahaja

DSC_0100
Pemandangan kubah dalam Masjid

DSC_0104
Karpet yang tiada garisan. Macam mana diaorg menentukan jarak saf?

DSC_0105
Disini uniknya adab di Turki, ambil wuduk di luar, kemudian pakai balik stokin dan bawa masuk kasut dan susun di dalam masjid. Mulanya rasa susah, lama-lama istikhamah pun datang...huhu

DSC_0111
Inilah makam Sultan Mehmed II Al-Fateh. Penerangan sedang diberi oleh saudara Ziyad. Ustaz Syaari yang berbaju hijau tu.

Alhamdulillah, semua fakta sejarah yang ditulis dalam entry kali ini dapat diingati dengan jayanya. Semua maklumat ni juga diperoleh dari pembacaan buku-buku yang berkaitan dengan Sultan Mehmed II dan menerusi penerangan oleh Ustaz Syaari. Rasa cinta dengan subjek sejarah. Kata orang, jika kita tidak belajar sejarah, nescaya kita akan disumpah untuk mengulangi sejarah. Jika kita belajar sejarah nescaya kita juga akan disumpah untuk melihat orang yang tak belajar sejarah mengulanginya.

Sejarah mematangkan kita. Setiap hari V bangun pagi dengan sebuah harapan dan statement, masa lalu adalah kisah yang telah berlalu, telah pergi dan V tidak akan mampu mengubahnya. Hari ini adalah kisah baru dan masih ada baki umur tersisa untuk menulis kisah yang lebih baik dari semalam.

I am who I am today because of the choices I made yesterday.

Sunday, September 28, 2014

Melawat Miniaturk, Istanbul

Selepas trip ke Masjid Abu Ayyub, kitaorg sampai ke sini pula. Taman Miniaturk rupanya sama macam yang di Terengganu tu yang ada banyak replica mini saiz semua bangunan di seluruh dunia. Tapi di sini, semua saiz bangunan cuma kecil-kecil dan tak berapa tinggi.

Sebenarnya dalam gambar-gambar ni, V cuma snap jer, nama masjid sila jangan tanya sebabnya semua rupa masjid di Istanbul ni lebih kurang serupa jer macam photostat plak. Bila lalu jer dengan bas kitaorg, tertanya juga dalam hati, "bukan ini masjid yang kita pergi semalam ker?"

Masa nak masuk sini, officer sini bagi sekeping card. Gunanya card tu untuk touch pada panel elektronik di hadapan setiap binaan. Bila touch jer mengikut bahasa yang dah tertera pada card tu. Kiraorg punya bahasa English, so panel tu akan mengeluarkan suara yang menerangkan maklumat tentang binaan tu. Canggih kan?

DSC_0058
Semua bangunan mini ada kt bawah sana

DSC_0067
Apa nama masjid ni? Sila jangan tanya, pakcik tak tau.

DSC_0068
Rasanya ni Masjid Biru kot...

DSC_0077
Yelah kot, Masjid Biru....;-p

DSC_0073
Pemandangan indah kolam yang mimic Selat Bosphorus dengan jambatan Al-Fateh

DSC_0081
Yang ni mesti Masjid Suleimaniyyeh. Masjid terhebat rekaan Mimar Sinan

Ada banyak lagi gambar masa di sini, nak tengok kena pergi flickr. Link di sebelah kiri.

Bersambung...

Saturday, September 20, 2014

Menziarahi makam Ahmad Ammar dan Abu Ayyub Al-Ansari

Hari pertama di Istanbul, letih sesangat sampai tertidur tak sedar dalam bas. Nasib baik tak layan movie sampai lebam dalam flight tu. Kena ingat nak tidur jugak untuk counter jet lag ni.

Dalam itinery kedua, kami menziarahi makam Ahmad Ammar terlebih dahulu sebelum ke makam Abu Ayyub Al-Ansari. Sebenarnya di kawasan perkuburan, V tak berapa suka untuk mengambil gambar. Pada pandangan V, ia bukanlah sebuah adab yang baik di kubur. Namun untuk ditunjukkan serba sedikit kepada yang tidak dapat pergi ke sini. Hanya beberapa kepingan gambar yang V ambil.

DSC_0035
Ahmad Ammar dalam kenangan. Photobomb by Hj Saiful Nang

Yang pergi tidak akan kembali, semoga kedatangan kami di sini dapat mengambil ibrah. Kita adalah pengembara muslim bukan sekadar pelancong suka-suka. Semoga Allah merahmati Ahmad Ammar. Inilah gambar yang diambil pada 8 September 2014 dan jangan ditambah sebarang cerita di dalam facebook. Tidak ada yang ajaib tentang tumbuhan subur di kuburnya kerana semua kubur ditanam pokok yang sama.

DSC_0043
Masjid Ayyub Sultan

Setelah selesai menziarahi makam Ahmad Ammar, kami meneruskan perjalanan tak jauh dari situ. Sebuah masjid di perkarangannya adalah makam Abu Ayyub Al-Ansari. Disini tempat bernama Eyub Sultan, tempat suatu ketika dahulu, semua Sultan yang ditabal akan datang ke sini untuk melafaz ikrar.

DSC_0048
Di sebalik dinding ni ialah Makam Abu Ayyub Al-Ansari

Pada saat kekalahan moral Sultan Mehmed II, datang guru baginda mengkhabarkan bahawa Allah Taala telah mengilhamkan kepada beliau menerusi mimpi tentang lokasi kubur Abu Ayyub Al-Ansari. Sebenarnya lokasi kubur sahabat Nabi ini telah dihilangkan oleh kerajaan Rom kerana penduduk ketika itu melakukan pemujaan yang bertentangan dengan ajaran Christian.

Setelah ditemui semula, inilah detik moral Sultan Mehmed II kembali untuk menyimpulkan serangan terakhir keatas Kota Konstantinople. Baginda telah mengarahkan 70 kapal perang membelah tanjung Golden Horn menerusi darat dan akhirnya mengejutkan Byzantine. Tentera Uthmaniah menang dan memasuki Kota Konstantinople pada 29 May 1453 setelah lebih 50 hari kempen.

DSC_0052

DSC_0053

Suasana dalam masjid Eyub Sultan. Mula-mula datang ke negara ni, rasa kekok sikit sebabnya budaya orang Turki mengambil wudhuk di luar masjid dan kemudian sarung balik stokin dan bawa sekali kasut dan susun di dalam rak yang disediakan di dalam masjid. Ada plastik di luar masjid yang disediakan untuk membungkus kasut.

DSC_0056
 Suasana jalan-jalan di depan masjid

Oleh kerana kedatangan kami bermukim pada 1 tempat yang sama lebih dari 3 hari maka, Ustaz Syaari menyebut bahawa kita tidak mendapat kelonggaran untuk jamak qasar. Itulah hukum yang V pegang jika bermusafir. Maka, kebaikannya semua solat fardhu kami akan cari masjid dan semua masjid yang kami singgahi ialah masjid yang berbeza-beza.

Bersambung...

Pertama kali ke Istanbul menjejak Al-Fatih

Seminggu berlalu, barulah ada masa untuk update cerita terbaru di blog ni. Gambar dari DSLR pun dah habis process dan upload ke flickr. Sebenarnya hari kedua di sana tetiba lens 18-200 VR NIKKOR ni ada problem plak. Bila on jer, terus keluar bunyi bising dan lambat auto focus. Maka terpaksa shift ke manual focus. Balik Malaysia jer terus hantar ke Nikon Service Center.

Anyway, ini kali pertama berada di sini. Untuk trip kali ni selama seminggu, V pergi menyertai kumpulan Jejak Al-Fateh dan Raising Young Khalifah. Trip ini disertai Hj Saiful Nang dan Ustaz Syaari Abdul Rahman.

Sebelum hari berlepas, V dah study tentang sejarah Uthmaniah melalui buku Ustaz Syaari sendiri dan dah tengok movie Fetih 1453. Cerita yang memang best dan 90% mengikut fakta dan selebihnya unsur hiburan yang takde kena-mengena dengan sejarah Sultan Mehmed II Al-Fatih ni. Ada buku Ustaz Hasrizal, Menalar Makna Diri dan Cerita Cinta Ahmad Ammar yang dibeli, tapi yang dua ni belum habis baca pun lagi. Busy sesangat.

Penerbangan selama 11 jam menaiki Turkish Airlines. Rasanya inilah flight yang paling letih V naik. Sebelum ni ok jer bila naik 14 jam pergi London. Tapi mungkin sebab dah tua kot. Sampai jer sini, kitaorg naik bas yang disediakan dan check-in di hotel dulu. Kemudian terus kepada itinery yang pertama, melawat Muzium Panorama 1453.

DSC_0001
Panorama 1453

Muzium Panorama 1453 ni dibina bagi memberikan kesedaran sejarah kepada warga Turki yang pada hari ini tidak mengenali sejarah negaranya. Apabila jatidiri sebuah bangsa hilang identiti sejarah silamnya maka bangsa itu akhirnya lemah dan tiada semangat patriotik. Semua pameran di dalam ditulis dalam bahasa Turki, jadi kalau nak baca, kena dapatkan radio penterjemah. Tapi kitaorg ada wakil pelajar Malaysia dia Turki, jadi diaorg la jadi wakil jurucakap.

DSC_0005
Ustaz Syaari bersama monopodnya...;-p


Penerangan oleh Saudara Ziyad, Jejak Uthmaniah, Turki

Peta diatas menunjukkan bagaimana tentera Sultan Mehmed II memindahkan 70 kapal perang merentas tanjung tu. Rasanya nama tempat tu tanjung Golden Horn kot. Alamak..tak ingat nama.

DSC_0019

DSC_0013

Dua gambar diatas ni daripada lukisan 360 darjah keliling dinding. Pemandangan keadaan ketika kempen peperangan untuk menyerang tembok Kota Konstantine dari darat. Sebenarnya ketika fasa pertama serangan Al-Fatih, beliau dan tenteranya kalah teruk hingga hilang moral untuk menghabiskan kempen serangan pada kali ini. Ini adalah percubaan kali-13 kerajaan Uthmaniah untuk membuka kota ini. Sebelum Sultan Al-Fatih, ada 6 Sultan sebelum baginda telah sampai ke dinding kota. Baginda Al-Fatih adalah putera ketiga Sultan Murad II. Inilah visi baginda Rasulullah yang pertama kali dirintis oleh Abu Ayyub Al-Ansari. Sahabat Nabi ini mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan sehampir mungkin dengan dinding Constantinople agar beliau dapat mendengar derapan kuda sebaik pemimpin dan sebaik-baik tentera yang bakal menggegarkan bumi Byzantine ini.


"Konstantiniyye elbet bir gün feth olunacaktır. Onu fetheden kumandan ne güzel kumandan, onun askeri ne güzel askerdir!"


Sultan Mehmed II bukan sekadar datang ke dinding Konstantinople dengan doa, tapi dengan kekuatan teknologi yang dirintis sendiri oleh beliau, meriam Basilica sebanyak 6 buah khusus untuk merobek tembok yang paling kebal di dunia. Namun sebaliknya pada pihak Byzantine, mereka merasakan cukupnya tembok yang kuat double layer ni dan tak perlu lagi ditambah apa-apa.

Kekuatan meriam Basilica mampu mencapai jarak 2 kilometer dan bunyinya didengari sejauh 20km. Manakala Byzantine hanya bergantung kepada lastik greek fire yang ramuannya masih lagi misteri hingga ke hari ini. Itulah beza perjuangan Islam zaman dahulu berbanding sekarang. Perjuangan yang disertai dengan usaha tanpa mengenal penat dan lelah.

Itulah pentingnya kita mempelajari sejarah, kerana sejarah itu berulang-ulang cuma wataknya silih berganti. Apabila kita celik sejarah, maka kita tidak mudah melatah untuk mengkritik dan mengulas sesuatu pertistiwa yang berlaku di bahagian-bahagian dunia yang lain. Kita akan lebih bersikap matang dan mahu memahami apa yang tersirat.

Bersambung ke entry seterusnya...