Tuesday, February 14, 2012

Menentukan arah kiblat berpandukan kedudukan bintang

Dalam segment rancangan Ustaz Don di TV Hijrah baru-baru ni, beliau ada mengajar tentang cara-cara mengenal pasti arah kiblat dengan berpandukan Constellation Orion. Kaedah ini hanya sesuai bagi mereka yang tinggal dalam garisan Khatulistiwa sahaja. Maka Malaysia memang sesuai menggunakan kaedah ini.

Orion Belt dalam application Sky Safari Pro, iPad2

Cara-caranya ialah:

1. Pastikan kedudukan Constellation Orion ni berada tegak di atas kepala
2. Lihat pada Orion Belt, kedudukan 3 bintang yang bersususan, Alnitak, Alnilam dan Mintaka
3. Kenal pasti kedudukan bintang Rijel supaya berada di bawah, ini untuk menentukan garisan kita untuk arah kiblat, kalau tersalah, maka jawabnya anda nanti akan garis ke belakang kiblat....;p
4. Setelah kedudukan atas dan bawah Constellation dikenalpasti, maka buat garisan dari bintang Alnitak ke Mintaka dan terus keluar. Itulah garisan kiblat kita.
5. Paling senang kalau letak cermin atas lantai, dan pandang bintang-bintang ni.

Senang bukan?

2 comments:

Nuur said...

assalam 'alaikum wr wb,,apakah nama software yang digunakan?

Le Chevalier said...

sky safari pro 2