Saturday, July 6, 2013

Hong Kong sekali lagi and everything in between

Dah berkali-kali datang sini sampai dah biasa sangat dengan jalan-jalan kt sini. Kt sini memang senang nk tahu mana jalan nak kena ambik, just naik MTR jer kalau nk pergi memana.

Untitled
Hotel Renaissance Harbour View, Hong Kong

Tapi kali ni dapat stay kt hotel yang lagi dekat dengan bangunan Great Eagle, office Cisco System. Tempat untuk ambik CCIE lab exam. Untuk rekod, ini dah kali ketiga attempt. unfortunately, kali ni failed jugak. Sedih rasanya, tapi untuk attempt kali ni, troubleshoot section dapat PASS, tapi FAILED configuration section. Pencapaian yang lebih baik dari yang sebelumnya. Cuma satu habit yang masih tak dapat nak tinggal, V cuba untuk jawab satu-persatu soalan, try to achieve perfection. In the end terpaksa paksa diri jugak, tinggalkan soalan ni, kemudian terus ke soalan yang last sekali kemudian jawab secara menurun. Maka dengan itu dapatlah markah 100% untuk network optimization. Sekalipun tak lulus, tapi peningkatan. Lepas balik dari exam, terus bukak macbook, kemudian run simulation balik kt mana yang silap tadi. Ehmm....baru tau ini salahnya. At least utk set question ni, V dapat tahu di mana yang perlu improve. So possibility untuk dapat set question yang sama jugak ialah 50-50. Set yang pernah V dapat tu belum tentu dapat lagi. Tapi ada satu lagi set yang tinggal yang belum muncul.

Proctor tu pun dah kenal muka ni ha, "your face look familiar, you come again right?". Haa...mesti dalam hati proctor ni, "datang lagi loser ni"...haha.

Anyway, V tanya proctor, "any possibility that I will get the same set of question?" Dia jawab "ooo...that's confidential man...haha" ketawa.

Bila dah failed tu, hanya ada sorang jer kawan V yang masih memberikan kata-kata motivasi. Dia CCIE in Service Provider. Dia pesan jangan putus asa sebab dia dulu pun pernah melalui jalan yang sama. Orang sekeliling semua duk mengata, awatlah bersusah payah spend duit banyak untuk sebuah professional certificate. Itulah nasib bangsa sendiri, tak nak improve diri, tak nak berusaha untuk menjadi aset penting dalam organisasi tapi bila gaji tak naik, bising. Semua nak gaji tinggi, tapi malas. Maaf cakap straight ni, ini la yang kawan tadi tu cakap. Yer memang betul pun, bab dengki toksah cerita la.

So untuk give up cita-cita besar ni, is not an option. Kita dalam bidang network engineering, memang perlu memiliki cita-cita untuk menjadi bukan sekadar good engineer, tapi the best engineer. Oleh kerana ada rekod yang orang pernah attempt CCIE lab ni sampai 6-8 kali then baru pass, so rasa macam I am far from over.

If you failed but never learn from failure, maka jadilah engineer yang tak kemana. Manusia fitrahnya memerlukan inspirasi, tanpa inspirasi lebih baik pergi mati.

Orang kata kalau tak pernah gagal, then you don't try hard enough. You never learn anything.

Memang berhajat nak ambik lagi exam ni, ehmmm...baru tadi bank call, dia offer credit limit increase pada credit card. Oit, orang tak pernah exceed limit pun, setiap bulan kalau spend sampai beribu pun, setiap hujung bulan V sentiasa bayar in full. Tak pernah terperangkap dengan fenomena tak terbayar hutang. Untuk rekod pengurusan kewangan, inilah yang V bangga dengan diri sendiri. Kekuatan kewangan ini adalah amanah Allah. Tak semestinya duit yang kita simpan itu adalah untuk kegunaan kita. Boleh jadi ia digunakan untuk membayar teksi, bayar di kedai dan seumpamanya. Semoga Allah meredhai akan cita-cita ini. Ia bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi belajar dan menjadi terbaik adalah untuk menambah pahala dengan cara mengajarkan pula kepada orang lain.

Nak belajar subjek CCIE ni memang susah, especially dalam negara tak ramai yang CCIE certified, rekod terakhir yang dilihat, ada 190 orang dalam Malaysia yang ada CCIE. Yang ada pula rata-rata bukan Melayu, so nk belajar deripada non-Malay ni memang toksah cerita la. Memang takkan tolong nyer. Sorry to say, its reality. V rasa bertuah, kerana disini V ada kawan CCIE yang berdiri menyokong penuh cita-cita ni dan juga bersedia untuk menolong anak bangsa yang sanggup untuk menempuh cabaran dan mahu berusaha untuk bergelar CCIE.

Siapa kawan V yang CCIE tu, satu-satunya CCIE yang pernah kerja di Jaring, sekarang dia dah tukar kerja di tempat lain. He is my junior back in university. Masa dia nk resign dulu, boss semua menghilangkan diri tak nak approve dia resign, ini orang cerita la. Ha...sampai begitu sekali, kita kena menjadi aset kepada company bukan semakin kita tua, kita menjadi liability. In the end, bila nk resign, boss dengan gembira cakap, "resign jugak ko akhirnya yer?"

So mana-mana Melayu di luar sana nak menjadi CCIE tu, V boleh ajar sampai berjaya sekalipun kalau V sendiri tak dapat CCIE certificate ni. Ini tujuan untuk mencari pahala bukan sekadar satu kebaikan untuk dunia.

Cita-cita pun kena keluarkan duit ni, untuk attempt kali ni under sponsor by company. Tapi rasanya CEO Petronas-ICT takkan nk approve lagi kot. Bila tanya colleague, dia cakap CEO dah tukar dah, mana ada lagi John Miller, ganti orang lain. Ooo...so boleh submit satu lagi proposal la.

Anyway, ini antara view yang menarik dari bilik hotel, pemandangan kawasan Tsim Tsa Tsui.

Untitled

Untitled

View sunset yang indah di bumi Hong Kong

Kalau nk study CCIE, cari orang yang memberikan motivasi kepada kita, jangan join study group dengan orang yang merendah-rendahkan kita. Ini cita-cita besar, maka berkawanlah dengan  orang yang sudi membantu kita yang menyumbang manfaat kepada kita. Tinggalkan kawan yang tak berfaedah.

"When people undermine your dreams, predict your doom or criticize you, remember they are telling you their story, not yours."

No comments: