Sunday, December 29, 2013

Apps Quran untuk iPad, iPhone dan Android

Kali ni V nk share dan ulas application Al-Quran yang terbaik untuk digunakan pada iPad, iPhone dan Android.

1. iQuran (iPad and iPhone)

Untitled
iQuran HD (iPad)

iQuran HD seperti gambar diatas ni adalah application Quran yang V pakai dan sangat disyorkan untuk sesiapa yang nak beli dan download dari iTunes pada harga USD1.99. App ni boleh play bacaan dari ayat ke ayat. Ada banyak senarai Qari dan V pilih Sheikh Mishary Al-Afasy sebab dia yang paling sedap bacaannya. App ni pun boleh copy ayat ke facebook atau guna button copy ayat.

App ni juga ada color coding pada ayat-ayat Quran untuk menandakan tajwid.

iQuran HD
Full screen (iPad), touch pada screen untuk keluar pop-up seperti diatas

iQuran
View iQuran pada iPhone

App iQuran ni sangat cantik jika menggunakan iPad atau iPhone retina. Setiap wording nampak sangat sharp.

2. Quran Reader HD (iPad)

Untitled
Quran Reader HD (iPad only)

Yang kedua ni plak sesuai untuk menggantikan mashaf buku sebab rupanya memang serupa buku dah pun. Tapi Qarinya cuma seorang sahaja, Sheikh Abdelbasit Abdelsamad. Ada tafsir dan terjemahan. Jika nak dibandingkan dengan iQuran, app ni berada dalam statusnya yang tersendiri sebab ada orang yang suka jika screen Quran ni lebih menyerupai buku.

App ni dikeluarkan oleh developer Batoul Apps.  Dijual pada harga USD6.99. Sebenarnya iQuran juga dijual pada harga paras lebih kurang sebegini dahulu. Tapi sekarang dah jadi murah.

3. iQuran (Android)

The best Quran app in iphone finally in android #iquran
View dari HTC One

Maaf, V tak berapa reti guna android ni, walaupun dulu pernah guna HTC HD2 dan Android (tak ingat model). Ini phone ayah yang punya.

iQuran baru sahaja dilancarkan untuk Operating System Android. Ini pun baru tahu bila search dalam Play Store. Harganya tetap sama USD1.99. Sebenarnya banyak apps Al-Quran dalam android, tapi ada pernah dibongkarkan bahawa terdapat Quran yg sengaja disalah cetak. Oleh itu berhati-hati dalam memilih app yang percuma di Android Store.

Nampak cantik kalau guna tablet android (ini photo yang diambil dari website)

Ini facebook page iQuran untuk sebarang pertanyaan;

http://www.facebook.com/iQuran

V tiada tablet Android, maka gambar diatas diambil dari Play Store (link pada tajuk).

Untuk sesiapa yang menggunakan Windows smartphone, ada app Quran yang V pernah pakai dulu pada HTC HD2, masa tu Quran ni namanya KFGQPC, yang mengeluarkan app ni datangnya dari Quran Printing Complex King Fahd. Maka jaminannya ada disitu. Sekarang V search app tu dah tiada atau tak available linknya. Anda boleh cuba mungkin pada hari lain di linknya;

Perlu diingatkan, apa yang V tulis disini adalah syor setelah V menggunakan semua apps di sini. Namun jaminan bukan ditangan V. Semoga apa yang ditulis ini bermanfaat. Developer untuk iQuran dan Quran Reader HD adalah diharap terjamin qualiti hasil kerja dan application mereka.

Sekian untuk ulasan kali ini.

Tuesday, September 17, 2013

8 tahun impian, akhirnya CCIE #40572

Alhamdulillah, syukur dengan hadiah dari Tuhan pada hari ini. V lulus CCIE Lab exam di Jakarta, Indonesia pada 16 September 2013. Perjuangan dan impian yang tersimpan sejak mula keluar dari university. Maaf kerana tidak ber update blog ni kerana terlalu sibuk dengan study. Inilah hidup sebagai seorang network engineer yang mendedikasikan hidup dan masanya untuk sebuah impian, menjadi yang terbaik dan berada dalam kumpulan engineers elite dunia.

The Cisco Certified Internetwork Expert (CCIE) certification is accepted worldwide as the most prestigious networking certification in the industry. Network Engineers holding an active Cisco CCIE certification are recognized for their expert network engineering skills and mastery of Cisco products and solutions. The CCIE community has established a reputation of leading the networking industry in deep technical networking knowledge and are deployed into the most technically challenging network assignments.
Cisco introduced the CCIE certification in 1993 to assist the industry in distinguishing the top echelon of internetworking experts worldwide. Today , CCIE certification holders represent less than 3% of all certified Cisco professionals and less than 1% of the networking professionals worldwide.
- Cisco Systems.

CCIE #40572

Segalanya telah berakhir disini. Usaha yang segigih habis, study macam orang gila, berseorangan dalam bilik sepanjang hari hinggakan mimpi pun terbayang-bayang akhirnya membuahkan hasil. Permulaan kepada impian ini bukan dibina dengan penghormatan dari sekelian rakan dan taulan. Sepanjang perjuangan ini, ada kata-kata yang tidak mempercayai yang V boleh berjaya. Seperti yang V katakan, perjuangan ini sunyi, hati ini perlu memujuk diri sendiri terhadap kata-kata yang sinis, memperlekehkan impian ini. Tapi V tukarkan itu semua menjadi doa yang penuh bermakna, tiada yang paling menyenangkan hati apabila membuktikan yang apa yang mereka katakan itu akhirnya meleset.

I went from zero to my own hero

3 kali gagal di Hong Kong, tak sangka berjaya di Jakarta. Jumlah 4 kali attempts. Cuma 1 kali ditaja company dengan setiap kali attempt kosnya mencecah 7K ringgit. CCIE is not for faint heart. When you have decided to take the journey, there is no turning back.

So now I want my life back!!!

Ok tak? or maybe another CCIE track perhaps...or maybe its time to get married kot...haha... that is the hope long time gone. I should focus to repair my present and future, tak mahu lagi buang masa untuk perkara remeh. Kata Marilyn Monroe, "if you can not stand me at my worst, surely you don't deserve me at my best". Kejayaan ini datangnya dari Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izinnya.

Dan kecewa kini dipulih rasa kasih-NYA

BTW, in my previous entry for the previous attempt, did I say someday I will make you a believer?

So do you believe now? More importantly do you believe in yourself? I am telling you my story so that it can inspire you to do same and even better.

"When people undermine your dreams, predict your doom, criticize you, and generally resist the truth about who you are, remember, they’re telling you their own sad story, not yours."


Pengalaman mengambil CCIE Lab exam di Jakarta, fuuhhhh...sangat mencabar. Terima kasih kepada sahabat dari saudia yang menjadi tuan rumah di Jakarta Selatan ni. Jika bukan kerana bantuan logistic yang diberikan, mungkin ia menjadi terlalu sukar. Terima kasih sejuta kali kerana menumpangkan diri ini untuk 4 hari ni.

Pada pagi sebelum exam, dah call teksi tapi teksi tak sampai-sampai plak. Jalan di jakarta ni memang dasyat jemnya, kalau makan dengan roti, roti pun habis dulu.

So member cakap, ini kena naik ojek, iaitu teksi moto lebih kurang gitulah. So V merempitlah pepagi tu membonceng meredah jem. Bila tengok sendiri jemnya jalan-jalan Jakarta ni, rasanya kalau naik teksi memang tak sempat lah nak ambik exam tepat pukul 8.30 pagi. Bila sampai jer kt area office Cisco ni, rasa dah terketar-ketar tangan ni sebab duk pegang besi belakang moto ni. Fuhh...laju giler bawak.

Pengalaman di dalam lab plak, Inilah kali pertama V solat ketika time lunch 30 minit break bersama CCIE candidate yang lain. Kt Hong Kong mana ada tempat utk solat tapi kt Indonesia nasib baik ada. Di Hong Kong V jamak takhir lepas selesai exam. Tapi di Jakarta agak sukar kalau nk jamak takhir sebab timingnya asar mungkin dah nak masuk maghrib bila exam habis. So jamak takdim la jawabnya.

Mungkin itulah pelajaran dari Allah, bila kita tetap utamakan akhirat dan perintahnya maka Allah akan beri dunia kemudiannya.

Lepas habis exam, V turun bawah lobby terduduk kejap sebab letih menaip atas keyboard ni. Sakit tangan ha, 8 jam tu.

Lepas tu balik naik teksi pukul 6 petang. Time ni jem belum habis lagi. So V duduk dalam teksi tu sampai tertidor la, macam-macam gaya position tidor nya, rasa macam nak bengkok tulang belakang sebab 2 jam dlm teksi.

Bila sampai rumah member, dah pukul 8 mlm, rasa letih giler yang amat bangetttt....

Ada email notification CCIE result kt IPhone, cepat result keluar just beberapa jam jer. So check online, akhirnya V passed. Terkejut kejap, pemberian dari Allah ni terlalu hebat sangat. Syukur sesangat. Pada mulanya family pun tak faham kenapa nk spend duit untuk semua ni, but finally they understand.

Some are born to have normal life, some are destined to be great.

I am not great, Allah is GREAT.

Saturday, July 6, 2013

Hong Kong sekali lagi and everything in between

Dah berkali-kali datang sini sampai dah biasa sangat dengan jalan-jalan kt sini. Kt sini memang senang nk tahu mana jalan nak kena ambik, just naik MTR jer kalau nk pergi memana.

Untitled
Hotel Renaissance Harbour View, Hong Kong

Tapi kali ni dapat stay kt hotel yang lagi dekat dengan bangunan Great Eagle, office Cisco System. Tempat untuk ambik CCIE lab exam. Untuk rekod, ini dah kali ketiga attempt. unfortunately, kali ni failed jugak. Sedih rasanya, tapi untuk attempt kali ni, troubleshoot section dapat PASS, tapi FAILED configuration section. Pencapaian yang lebih baik dari yang sebelumnya. Cuma satu habit yang masih tak dapat nak tinggal, V cuba untuk jawab satu-persatu soalan, try to achieve perfection. In the end terpaksa paksa diri jugak, tinggalkan soalan ni, kemudian terus ke soalan yang last sekali kemudian jawab secara menurun. Maka dengan itu dapatlah markah 100% untuk network optimization. Sekalipun tak lulus, tapi peningkatan. Lepas balik dari exam, terus bukak macbook, kemudian run simulation balik kt mana yang silap tadi. Ehmm....baru tau ini salahnya. At least utk set question ni, V dapat tahu di mana yang perlu improve. So possibility untuk dapat set question yang sama jugak ialah 50-50. Set yang pernah V dapat tu belum tentu dapat lagi. Tapi ada satu lagi set yang tinggal yang belum muncul.

Proctor tu pun dah kenal muka ni ha, "your face look familiar, you come again right?". Haa...mesti dalam hati proctor ni, "datang lagi loser ni"...haha.

Anyway, V tanya proctor, "any possibility that I will get the same set of question?" Dia jawab "ooo...that's confidential man...haha" ketawa.

Bila dah failed tu, hanya ada sorang jer kawan V yang masih memberikan kata-kata motivasi. Dia CCIE in Service Provider. Dia pesan jangan putus asa sebab dia dulu pun pernah melalui jalan yang sama. Orang sekeliling semua duk mengata, awatlah bersusah payah spend duit banyak untuk sebuah professional certificate. Itulah nasib bangsa sendiri, tak nak improve diri, tak nak berusaha untuk menjadi aset penting dalam organisasi tapi bila gaji tak naik, bising. Semua nak gaji tinggi, tapi malas. Maaf cakap straight ni, ini la yang kawan tadi tu cakap. Yer memang betul pun, bab dengki toksah cerita la.

So untuk give up cita-cita besar ni, is not an option. Kita dalam bidang network engineering, memang perlu memiliki cita-cita untuk menjadi bukan sekadar good engineer, tapi the best engineer. Oleh kerana ada rekod yang orang pernah attempt CCIE lab ni sampai 6-8 kali then baru pass, so rasa macam I am far from over.

If you failed but never learn from failure, maka jadilah engineer yang tak kemana. Manusia fitrahnya memerlukan inspirasi, tanpa inspirasi lebih baik pergi mati.

Orang kata kalau tak pernah gagal, then you don't try hard enough. You never learn anything.

Memang berhajat nak ambik lagi exam ni, ehmmm...baru tadi bank call, dia offer credit limit increase pada credit card. Oit, orang tak pernah exceed limit pun, setiap bulan kalau spend sampai beribu pun, setiap hujung bulan V sentiasa bayar in full. Tak pernah terperangkap dengan fenomena tak terbayar hutang. Untuk rekod pengurusan kewangan, inilah yang V bangga dengan diri sendiri. Kekuatan kewangan ini adalah amanah Allah. Tak semestinya duit yang kita simpan itu adalah untuk kegunaan kita. Boleh jadi ia digunakan untuk membayar teksi, bayar di kedai dan seumpamanya. Semoga Allah meredhai akan cita-cita ini. Ia bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi belajar dan menjadi terbaik adalah untuk menambah pahala dengan cara mengajarkan pula kepada orang lain.

Nak belajar subjek CCIE ni memang susah, especially dalam negara tak ramai yang CCIE certified, rekod terakhir yang dilihat, ada 190 orang dalam Malaysia yang ada CCIE. Yang ada pula rata-rata bukan Melayu, so nk belajar deripada non-Malay ni memang toksah cerita la. Memang takkan tolong nyer. Sorry to say, its reality. V rasa bertuah, kerana disini V ada kawan CCIE yang berdiri menyokong penuh cita-cita ni dan juga bersedia untuk menolong anak bangsa yang sanggup untuk menempuh cabaran dan mahu berusaha untuk bergelar CCIE.

Siapa kawan V yang CCIE tu, satu-satunya CCIE yang pernah kerja di Jaring, sekarang dia dah tukar kerja di tempat lain. He is my junior back in university. Masa dia nk resign dulu, boss semua menghilangkan diri tak nak approve dia resign, ini orang cerita la. Ha...sampai begitu sekali, kita kena menjadi aset kepada company bukan semakin kita tua, kita menjadi liability. In the end, bila nk resign, boss dengan gembira cakap, "resign jugak ko akhirnya yer?"

So mana-mana Melayu di luar sana nak menjadi CCIE tu, V boleh ajar sampai berjaya sekalipun kalau V sendiri tak dapat CCIE certificate ni. Ini tujuan untuk mencari pahala bukan sekadar satu kebaikan untuk dunia.

Cita-cita pun kena keluarkan duit ni, untuk attempt kali ni under sponsor by company. Tapi rasanya CEO Petronas-ICT takkan nk approve lagi kot. Bila tanya colleague, dia cakap CEO dah tukar dah, mana ada lagi John Miller, ganti orang lain. Ooo...so boleh submit satu lagi proposal la.

Anyway, ini antara view yang menarik dari bilik hotel, pemandangan kawasan Tsim Tsa Tsui.

Untitled

Untitled

View sunset yang indah di bumi Hong Kong

Kalau nk study CCIE, cari orang yang memberikan motivasi kepada kita, jangan join study group dengan orang yang merendah-rendahkan kita. Ini cita-cita besar, maka berkawanlah dengan  orang yang sudi membantu kita yang menyumbang manfaat kepada kita. Tinggalkan kawan yang tak berfaedah.

"When people undermine your dreams, predict your doom or criticize you, remember they are telling you their story, not yours."