Sunday, October 5, 2014

Menziarah makam Sultan Abdul Hamid II

Selepas kami menghabiskan sesi pagi di Rumeli Hisari, sekarang masa untuk menziarah makam Sultan Abdul Hamid II. Beliau adalah sultan Uthmaniyyah yang terakhir sebelum digantikan oleh sultan boneka tajaan Turki Moden. Inilah Sultan yang ketika itu rakyatnya sendiri tidak benar-benar mengenalinya bahkan menentangnya sehinggalah baginda wafat. Baginda digelar diktator, zalim dan sebagainya.

Namun inilah hakikat yang baginda terpaksa telan apabila mewariskan sebuah kerajaan yang begitu corrupt daripada bapa-bapanya yang terdahulu. Daripada pelajaran sejarah yang dapat kita ambil di sini ialah, jika kita memilih perjuangan nasionalis berbanding agama dan meninggalkan jihad, maka Allah akan mencabut kemuliaan itu daripada kita sehingga akhirnya kerajaan Uthmaniyyah ketika itu dikenali sebagai "The Sick Man of Europe".


Video penerangan Ustaz Syaari berkenaan kisah Sultan Abdul Hamid II

Hari ini, kerajaan Uthmaniyyah telah tinggal sebagai kenangan dan paling malang bagi kita apabila sumber sejarah kita datangnya daripada Orientalis Barat yang begitu cenderung untuk menyeleweng fakta sejarah umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempelajari semula sejarah dan mengambil iktibar untuk mengembalikan maruah umat ini yang kehilangan identiti.

Kita bukan pelancong suka-suka. Kita adalah pengembara muslim yang mencari ibrah untuk dibawa pulang dan membawa nilai tambah (added value) pada diri. Mengembara menjadikan kita sentiasa berfikiran terbuka dan menerima idea yang berbeza untuk mencapai matlamat yang sama.

Ketika V melawat bandar Paris dahulu, hati rasa begitu teruja untuk melihat sendiri Eiffel Tower. Namun setelah sampai betul-betul di bawah binaan ni, barulah tersedar, "ini ajer?". Rasa begitu sia-sia kerana tiada apa-apa ibrah untuk santapan jiwa. Ia hanyalah pengembaraan yang membuang duit. Sejak balik daripada situ, matlamat seterusnya jika ingin mengembara lagi, pastikan ia juga membawa manfaat untuk jiwa yang mahukan sebuah ibrah.

DSC_0172
Dalam perjalanan dari Rumeli Hisari

DSC_0177
Pemandangan laut yang indah

DSC_0181
Inilah pintu masuk Istana Dolmabace. 

Di atas, sebuah istana yang dibina berkonsepkan Eropah yang menjadi simbol kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah. Apabila sultan-sultan ketika itu tertarik dengan keduniaan dan mula meninggalkan jihad, maka akhirnya berakhirlah sebuah kegemilangan kerajaan yang dulunya begitu kuat dan dikagumi.


DSC_0193
V ada katakan, masjid di Istanbul nampak macam photostat satu sama lain.

DSC_0197
Pemandangan kota Istanbul

DSC_0209
Di sinilah bersemadinya sultan-sultan terdahulu. Di sebelah kiri dan depan sekali ialah makam Sultan Abdul Hamid II. Semoga Allah mengurniakan rahmat kepada baginda.


I am sure that the historians will vindicate me, and even if the Turkish do not do so I am certain that some foreign historians will do me justice - The Sultan: The life of Abdul Hamid by Joan Haslip. (petikan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar, catatan Ustaz Hasrizal, page 165)

No comments: