Sunday, November 23, 2014

Cinta buku, membina diri untuk sebuah masa depan

Tahun 2014 semakin berakhir dengan bakal kemunculan bulan Disember. Sejak beberapa bulan ni, V rasa jatuh cinta dengan buku. Setiap kali pergi kedai buku atau book fest, mesti akan ter'shopping sakan. Ehmm....

Sejak balik dari Turki, dan mendengar tentang cerita-cerita dan watak dari Turki melalui tulisan Ustaz Hasrizal. Sekarang ni V tengah obses dengan Imam Birgivi dan Bediuzzaman Said Nursi. Ada 1 buku Imam Birgivi bertajuk, The Path of Muhammad, Morals and Ethics. V cari buku ni dalam Google Play, tapi tak jumpa. Tapi akhirnya jumpa di dua tempat, satu di itunes US dan satu lagi di Kinokuniya KLCC.

Perbandingan harga;

- itunes US: The Path of Muhammad

- Kinokuniya KLCC: The Path of Muhammad : A Book on Islamic Morals and Ethics [Paperback]

V suka menyebut, Kinokuniya ni memang suka letak harga sesuka hati mahal gila. Kalau nak beli buku, make sure cari di semua tempat dahulu, than bila tak jumpa, barulah cari kat Kinokuniya ni sebab harga di sini memang untuk orang yang isi minyak RON97 jer kot.

Dulu V beli buku, "Reclaim your heart by Yasmin Mogahed" di sini, harganya RM102. Sekarang diaorg letak harga dalam lingkungan RM80++. Eh, buku dah turun harga macam ikut harga minyak dunia per barrel plak. Gerammmm.....

Selalu V cari buku di Google Play. Di sini ada juga buku tempatan terbitan PTS. Lagi murah dari cetakan fizikal. Satu lagi di Karangkraf eMall. Kena download apps eMall dulu dari apple store, than baru boleh beli dari situ.

Kalau nak beli ebooks dari itunes US, ada caranya memandangkan kita Malaysia tak boleh beli direct sebab undang-undang export US menghalang kita dari beli direct. Malah sebenarnya membeli ebooks dari oversea publications berada dalam grey area sebab diaorg tak bayar cukai kpd negara kita. Jadi international ebooks yang dibeli tak boleh claim dalam LHDN tax exemption yer. Tapi tak sure, kalau claim juga, LHDN tak marah ker? Ehmm....kena tanya diaorg.

Nak beli juga? Than kena create account itunes US, caranya boleh google di Internet. Lepas tu kena beli itunes US gift card sebab card credit selain alamat US akan di block. Untuk beli itunes US gift card, yang ni ada dijual di lelong.com atau di forum lowyat.net. Cari seller yang paling jual murah. Lepas tu redeem card tu di account yang kita create. Lepas tu, haa...cari la buku apa yang nak dibeli. Di itunes US, beribu buku yang dijual. Murah plak tu kalau nk dibandingkan cost kalau buku fizikal tu di export ke sini.

Sekarang ni, everytime tunggu ERL atau dalam ERL, V akan menggunakan masa untuk membaca buku. Tak kira ada masa terluang, akan buka buku. Rasa seronok membaca. Sebab membaca buku teknikal tersangatlah rasa nak muntah. Buku CCIE takper, ni ha, buku CISSP ni, ada 1000 pages tapi tengah dalam 200++ pages ni. Ya Allah dugaannya, buku yang paling dense la org teknikal kata.

Berbeza dengan buku-buku terbitan tempatan ni. V nak tanya local publishers kita ni, kenapa bila print buku tu, tak penuhkan page tu? Tulisan lebih besar dan banyak ruang kosong di kiri dan kanan, atas dan bawah. Tak macam buku teknikal, tulisan kecil dan penuh page tu. Adakah ini helah sebab nak menampakkan buku tu tebal dan ada alasan nak jual mahal?

Ni direct complain ni...nasib baik cover bukunya cantik.

Buku yg semakin meninggi...
Semakin meninggi buku-buku ni. Nak kena ada rak baru ni. Kabinet dah penuh.

Sebenarnya ada banyak lagi buku yang ada tapi banyak ni yang diletak atas meja. Kalau nak kira dalam ipad ni, ada berpuluh buku ebooks teknikal punya. Selalu V beli dari Cisco Press. Selebihnya download dari Internet.

Dalam usia yang semakin tua ni, terasa hidup semakin singkat. Ramai orang datang dan meninggalkan kita. Nenek V sebelah ayah baru seminggu lepas telah meninggal dunia. Yang hidup perlu meneruskan kehidupan. V bertekad nak membaca dan terus membaca kesemua buku-buku yang dibeli. Memahami agama untuk masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri. Dah tiada masa lagi untuk memandang ke belakang.

Buku yang V suka untuk recommend pada kalian; Fiqh Keutamaan, Yusuf Al-Qaradawi - dari Google Play terbitan PTS Islamika.

Banyak perkara nak dikejar pada tahun hadapan. Exam CISSP dah booked pada April 2015. Lepas tu nk kena renew CCIE ni plak. Ishhh...banyaknya nak kena study ni. Anyway, V dah register course Islamic Online University IOU, Higher Diploma Bridge to Master in Islamic Studies untuk sesi Spring yang akan bermula pada March 2015. Yuran nanti bayar tahun depan sebab nak masuk claim LHDN 2015 punya...muahaha.

Semoga kelebihan hidup single ni mampu untuk mengejar dunia dan akhirat dalam tempoh kehidupan yang singkat ini. Dengan bertemankan buku-buku, tiada terasa kesunyian menjalani kehidupan yang mengasingkan diri dari orang lain. Hati boleh kecewa tapi jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Tuhan. Yang paling penting, semoga Allah redha dan memberkahi perjalanan hidup kita. Saya dan kamu.

Amin.

No comments: